Black Shark 2 Mula Dijual Di Eropah & UK, Harga Bermula Sekitar RM2516

Xiaomi Black Shark 2 telah pun diperkenalkan secara rasmi pada awal bulan ini dan ia kini sudah mula dipasarkan di pasaran Eropah.

Ia juga boleh didapati secara terus dari laman web rasmi Black Shark dengan harga bermula dari €549(~RM2516) atau £479(~RM2545) bagi pasaran UK untuk model asas 8GB RAM/128GB simpanan dalaman.

Kapsyen: Black Shark


Satu lagi variasi yang lebih premium dengan memori 12GB RAM beserta simpanan dalaman 256GB boleh didapati pada harga €649(~RM2975) dan £559(~RM2917).

Black Shark 2 ini memiliki skrin 6.39-inci HDR AMOLED serta dikuasakan dengan cip pemprosesan terkini, Snapdragon 855.

Ia juga dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 27W untuk tempoh pengecasan lebih singkat.

Seperti kebanyakan telefon menfokuskan permainan video yang lain, peranti ini dilengkapi dengan sistem penyejukan vapor chamber.



Bagi tetapan kamera pula, Black Shark 2 dibekalkan dengan kamera utama 48MP+12MP beserta dengan lensa 20MP untuk rakaman swafoto.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai kemasukan peranti ini ke Malaysia namun mungkin kita akan dapat mendengar mengenainya dalam masa terdekat.

 

Sumber: Black Shark