"Bitcoin Tidak Menepati Ciri-Ciri Matawang Yang Ditetapkan Dalam Islam..." - Mufti Wilayah Persekutuan

Matawang kripto popular, Bitcoin telah mula diperkenalkan pada 2009 oleh Satoshin Nakamoto. Ia dibangunkan sebagai medium pertukaran dan sesetengah menganggap ia sebagai matawang masa hadapan.

Namun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini terdapat beberapa percanggahan pendapat tentang hukum penggunaan Bitcoin, dari segi sistem perundangan mahupun agama.

Mengulas lanjut pertanyaan dari orang ramai, Pejabat Mufti  Wilayah Persekutuan telah menyimpulkan bahawa matawang digital Bitcoin tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.

Laporan itu telah membincangkan Bitcon dari pelbagai sudut, seperti BNM yang masih lagi dalam proses penelitian, ulasan dari beberapa negara tentang penggunaan matawang digital tersebut, dan juga dari pandangan syarak.

Turut disebutkan, adalah kebaikan Bitcoin yang mana ia pemindahan wang boleh dilakukan secara pantas dan menjimatkan kos, tahap keselamatan yang lebih tinggi serta kadar nilai yang tinggi tetapi terdedah kepada kadar turun naik yang tidak stabil.

Walaupunbegitu, penggunaan Bitcoin mempunyai keburukan seperti...

  • Tidak punyai sandaran nilai yang stabil dan tetap.

  • Terdapat unsur-unsur gharar dalam transaksi

  • Boleh dimanipulasi untuk kegiatan jenayah

  • Sistem keselamatan bursa dagangan Bitcoin beberapa kali digodam

  • Tidak diawasi oleh mana-mana badan berautoriti

  • Mampu beri ancaman kepada sistem kewangan negara

  • Muncul bermacam-macam skim pelaburan yang mengundang kepada penipuan.


Justeru itu, dengan laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan jelas menunjukkan penggunaan Bitcoin adalah dilarang.

Selain itu, dinyatakan juga hukum ini boleh berubah sekiranya Bitcoin ditambah baik dari segi pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk menghindari dari dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk laporan penuh boleh dibaca disini - BAYAN LINNAS #153: HUKUM PENGGUNAAN MATA WANG BITCOIN

Sumber: Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan