Bitcoin Kini Berusia 10 Tahun, Cecah Nilai Tukaran Matawang RM 26,367

Matawang kripto terkenal dunia, Bitcoin hari ini menyambut ulangtahunnya yang ke-10. Dalam masa sedekad sejak kemunculan pertamanya, ia berubah dari satu matawang yang dianggap tidak relevan untuk dimiliki ke sebuah matawang dengan nilai terbesar di dunia kini.

Dilancarkan pada tahun 2008, ia mula ditawarkan pada harga tidak sampai $0.01. Akan tetapi, pada tukaran matawang semasa hari ini, nilai matawang Bitcoin telah mencecah 1BTC = RM 23,667(~$ 5656). 

Malah, pada 17 Disember yang lalu, Bitcoin telah mencapai nilai tukaran tertingginya, 1BTC= $20,000. Walaupun beberapa buah negara masih lagi meragui tahap keselamatan dan kebenaran matawang ini, ia ternyata terus melangkah ke hadapan meninggalkan matawang-matawang fizikal yang digunakan di setiap negara di dunia.

Kapsyen: Kredit: TechAdvisor


Syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Microsoft, Subway dan Paypal sudah mula menyokong transaksi menggunakan Bitcoin. Bukan itu sahaja, terdapat juga warung-warung kecil yang turut melakukannya seperti yang pernah dilaporkan oleh media-media tempatan sebelum ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai mengapa melabur matawang ini sangat menguntung. Namun harus diingatkan bahawa kos melombong dan menguruskannya juga adalah sangat mahal. Komputer yang digunakan untuk melombong perlulah berspesifikasi tinggi dan tentunya ia akan melibatkan kos yang sangat besar.

Maka, bagi anda yang berminat atau sudah memiliki matawang Bitcoin dalam simpanan anda, pastikan anda sentiasa melindunginya sebaik mungkin agar tidak mengalami kerugian. Lakukanlah pilihan yang tepat untuk menentukan saat sesuai untuk anda menjual atau mendapatkan matawang ini.

 

Sumber: CNBC