Bitcoin Guna Tenaga Elektrik Lebih Banyak Dari Switzerland

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Cambridge, Bitcoin menggunakan tenaga elektrik lebih banyak berbanding keseluruhan Switzerland.

Menerusi alatan dalam talian yang dikenali sebagai Cambridge Bitcoin Eletricity Consumption Index (CBECI), ia akan menganggar kadar tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan rangkaian Bitcoin dalam masa sebenar. Ia kemudiannya digunakan untuk membuat pengiraan bagi penggunaan tenaga tahunan.

Hasil kajian dari CBECI setakat ini menunjukkan rangkaian global Bitcoin menggunakan lebih dari 7 gigawatt elektrik atau lebih kurang 0.21% daripada bekalan dunia. Ia seterusnya membawa kepada angka 64Terawatt bagi penggunaan tahunan dan dilihat melebihi kadar penggunaan keseluruhan Switzerland (58TWh) untuk tempoh masa setahun.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah penyelidikan yang dijalankan, boleh lanjutkan bacaan disini-CBECI.

Sumber: Naked Security