Biohackers - Siri Sci-Fi Thriller Terbaru Dari Netflix

biohackers sci-fi thriller netflix

Jika anda peminat siri seperti 'Dark', anda pasti akan menggemari siri sci-fi thriller terbaru dari Netflix yang bertajuk 'Biohackers'.

Siri dari German ini mengisahkan tentang seorang pelajar perubatan bernama Mia yang mengetahui penggunaan teknologi biohacking di bandar universitinya. Setelah mendapat tahu seorang pakar teknologi tersebut telah terbabit dalam satu tragedi lama, Mia cuba untuk mendekati profesor tersebut.

Hari ini, Netflix baru sahaja melancarkan video trailer siri ini di laman rasmi YouTube perkhidmatan penstriman itu.

https://youtu.be/atHBOUvgBI8

Nantikan siri 'Biohackers' di Netflix pada 20 Ogos ini.

Sumber: Mashable

Baca lagi: Filem ‘Time Travel’ Ikonik Yang Anda Wajib Tonton