Bintang Avengers 4 Beri Bayangan Pengakhiran Tragis Pada Wataknya Dalam Siri Popular Marvel Itu

Avengers merupakan antara siri filem Marvel yang paling popular. Mana tidaknya, ramai watak-watak adiwira yang dikumpulkan sekali dalam satu filem yang sama. Antara watak-watak yang tidak terlepas dari ikut serta dalam setiap filem Avengers ialah Black Widow(Scarlett Johansson), Iron Man(Robert Downey, Jr.), Thor(Chris Hemsworth) dan Captain America(Chris Evans).

Bercakap mengenainya, salah seorang daripada mereka baru-baru ini telah memberi gambaran bahawa watak lakonannya akan menemui 'penghujung' dalam siri Avengers 4 akan datang. Bintang yang dimaksudkan ialah Chris Evans, pemegang watak ketua kesayangan ramai, Captain America.

https://twitter.com/ChrisEvans/status/1047896966410190849

Menerusi kicauan di Twitter-nya semalam, Chris memberi bayangan bahawa beliau akan tidak akan tampil lagi sebagai watak Captain Rodgers yang dipegangnya sejak filem Captain America : The First Avengers ditayangkan pada 2011.

Dalam siri Avengers terdahulu, beberapa adiwira dilihat telah bertukar menjadi debu akibat tindakan Thanos, watak antagonis yang masih gagal ditewaskan setakat ini.

Adakah maksud kicauan Chris Evans itu ialah watak Captain America akan mati dalam Avengers 4 nanti? Atau beliau hanya meninggalkan watak berkenaan dan akan digantikan oleh pelakon lain di masa akan datang? Ingin tahu jawapannya, kita tunggu tayangan filem berkenaan tahun hadapan.

 

Kredit gambar : CNet

Sumber : BGR

 

Berkaitan