Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah

Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah

Diterbitkan Julai 31, 2021 ยท Dikemas kini Julai 31, 2021 oleh Helmi Samsuri

Binance merupakan salah satu platform pengendalian mata wang digital popular dalam kalangan pelabur. Kini, melalui siaran media oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, BInance telah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh badan kawal selia tersebut.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti, Binance menjalan operasi Bursa Aset Digital (DAX) secara tidak sah dalam negara. Ini adalah berdasarkan  Seksyen 7(1) dan 34 (1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, dimana semua pengendali DAX mestilah didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).

Lanjutan daripada itu, Binance telah diarahkan untuk menutup akses kepada laman web (Binance.com dan aplikasi mudah alih mereka di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja, bermula 26 Julai lepas.

Selain itu, ia juga diarahkan untuk menghentikan aktiviti promosi, penerbitan, iklan dan lain-lain kepada pelabur di Malaysia. Sekatan juga akan dilakukan keatas grup Telegram Binance dari diakses pelabur tempatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Sekuriti menasihatkan supaya tidak menggunakan DAX yang tidak disahkan dan sekiranya mempunyai akaun Binance, digesa untuk segera mengeluarkan pelaburan dari platform tersebut,

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY