Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android – Berkuat Kuasa 31 Disember

Posted on Oktober 14, 2025Oktober 14, 2025

Bank Islam kini memaklumkan bahawa aplikasi BIMB Mobile hanya akan menyokong iOS 16 dan Android 12 ke atas, berkuat kuasa 31 Disember 2025.

Menurut Bank Islam, langkah ini bertujuan memastikan pengalaman perbankan digital yang lebih selamat dan lancar.

Buat masa ini, aplikasi BIMB Mobile masih menyokong iOS 13 dan Android 10 atau lebih baharu.

Namun, selepas 31 Disember, pengguna disarankan mengemas kini peranti kepada versi sistem operasi minimum yang diperlukan atau lebih baharu. Bagi peranti yang tidak menyokong kemas kini, penggunaan peranti lain yang memenuhi syarat berkenaan adalah digalakkan.

Sekiranya peranti tidak memenuhi keperluan minimum tersebut, pengguna tidak lagi dapat mengakses atau menggunakan aplikasi BIMB Mobile selepas tarikh itu berkuat kuasa.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress