BIMB Investment Lancar BEST Invest, TAplikasi Pelaburan Lestari Dalam Talian

BIMB Investment yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, mengumumkan pelancaran aplikasi pelaburan dalam talian, BEST Invest.

Aplikasi ini merupakan platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama oleh BIMB Investment.



Antara yang ditawarkan oleh aplikasi BEST Invest adalah struktur yang sistematik, telus dan tersusun melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai dana unit amanah Shariah-ESG yang diuruskan oleh BIMB Investment termasuk dana ekuiti Shariah-ESG global, Asia Pasifik dan Malaysia, Sukuk ESG global dan pasaran wang.

Berdasarkan matlamat dan tahap toleransi terhadap risiko pelaburan, aplikasi ini dapat membantu anda membina portfolio pelaburan yang optimum, berpandukan data dan analisis secara digital.

BEST Invest

Terdapat beberapa fungsi yang ditawarkan pada aplikasi ini. Antaranya adalah fungsi “Do it for Me” yang membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko anda.

Bagi fungsi "Do it Myself” pula, ia membolehkan anda membuat keputusan sendiri dan melabur dalam dana pilihan anda tanpa bantuan sistem Robo-Pintar BEST Invest.

Pelaburan boleh dilakukan dengan minima RM10, tanpa sebarang caj penjualan. Sebagai tambahan, pelaburan tersebut juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Aplikasi BEST Invest boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari www.bimbinvestment.com.my.