Bill Gates Kini Merupakan Pengguna Peranti Android

Pengasas Microsoft dan orang terkaya di dunia, Bill Gates dilaporkan telah menukar platform untuk peranti telefon pintarnya dari Microsoft ke Android. Dalam satu temurahmah bersama Fox News, dia mengakui telah menggunakan peranti telefon pintar Android.

Peranti menggunakan sistem operasi Windows hanya merangkumi 0.3% dari keseluruhan pasaran peranti telefon pintar. Sistem operasi Windows tidak dapat menandingi populariti Android dengan perbezaan ketara kekurangan sokongan dari segi pembangun.

Bill Gates tidak menyatakan model Android mana yang dia gunakan namun dia menyatakan yang peranti peribadinya mempunyai banyak perisian Microsoft di dalamnya.

https://youtu.be/Lvvb4MHXfsk