Bill Gates Akui Silap Besar Tidak Kalahkan Android

Disebalik kejayaan membangunkan sistem operasi paling popular didunia disamping menjadi salah satu gergasi teknologi hari ini, Bill Gates mengakui kesilapan terbesar beliau adalah tidak menjadikan Microsoft seperti Android.

Melalui temubual Village Global bersama pengasas sistem operasi Windows itu, Gates menyuarakan salah urus pada masa lalu telah menyebabkan Microsoft yang sepatutnya "menjadi" Android, gagal menyaingi sistem dari Google itu.

https://www.youtube.com/watch?v=W5g4sPi1wd4

Ketika diperkenalkan kira-kira 11 tahun lalu, Android merupakan salah satu sistem operasi alternatif kepada iPhone dan kini ia sudah jauh meninggalkan pesaing dalam pasaran telefon pintar.

Microsoft yang sudah selesa menguasai barisan komputer, seharusnya melakukan perkara yang sama pada segmen telefon mudah alih. Namun begitu, platform Windows Mobile pada ketika itu lebih terarah kepada peranti dengan papan kekunci dan stylus. Bilamana Windows Phone 7 bercirikan paparan sesentuh muncul pada 2010, ia dilihat sudah terlewat untuk menarik perhatian pengguna.

Ramai pihak berpendapat bahawa Microsoft terlepas peluang keemasan dalam arena telefon mudah alih ketika dipimpin Steve Ballmer (2000-2014). Ballmer pernah mentertawakan iPhone oleh kerana harga jualannya mahal dan tidak mempunyai papan kekunci.

Sumber: The Verge