Bilakah Telefon Android Anda Akan Menerima Kemaskini Nougat 7.0?





Android Nougat: Nexus, LG V20 dan Pixel



Google telah mula mempamerkan Android 7.0 Nougat untuk peranti Nexus pada 22 Ogos. Kemaskini pertama diterima oleh Nexus 6 pada 3 Oktober. Nexus 6, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus 9, Nexus Player kesemuanya akan menerima kemaskini Android Nougat pada penghujung bulan ini. Malangnya Nexus 5 tidak tersenarai.



LG V20 juga merupakan telefon pertama bukan buatan Google yang akan menerima Android 7.0 Nougat terus dari kilang.



Telefon Pintar pertama dari Google iaitu Pixel juga adalah peranti pertama menerima versi terbaru Android Nougat 7.1 yang akan dipasarkan bermula 20 Oktober.



Kemaskini Android 7.1x bakal hadir bermula pada penghujung Disember ini sedangkan banyak lagi peranti Android yang lain masih tidak menerima sistem operasi Android Nougat 7.0.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : BlackBerry



Blackberry Priv dilancarkan dengan Android Lollipop dan mengambil masa 6 bulan untuk menerima kemaskini Marshmallow. Jika bernasib baik, peranti Blackberry mungkin akan menerima Andorid Nougat pada awal tahun depan.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : HTC



HTC telah berjanji peranti mereka akan merima kemaskini dalam masa 90 hari walaupun peranti anda sudah berumur 2 tahun.



HTC 10, HTC One A9 dan HTC One M9 akan menerima Android 7.0 Nougat pada hujung tahun ini. HTC One M8 pula tidak tersenarai.

.

Kemaskini Android 7.0 Nougat : Huawei



Huawei mula menghidangkan peranti mereka dengan sistem operasi Android Marshmallow pada tahun lepas dengan Mate 8. Huawei juga bakal memperkenalkan Mate 9 pada hujung tahun ni. Kedua-duanya akan menerima Android Nougat 7.0.



Dari segi kemaskini, peranti lama Huawei mungkin akan mengambil masa beberapa bulan sebelum menerima Android Nougat namun Huawei adalah yang paling pantas berbanding yang lain. Pihak Wiser.my masih belum pasti tentang kehadiran Nougat 7.1 untuk peranti Huawei namun kemungkinan besar Mate 9 adalah peranti pertama Huawei yang akan menerima kemaskini Nougat 7.1.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : Honor



Anak syarikat Huawei, Honor telah melancarkan Honor 7 Enhanced Editon pada Disember tahun lepas yang menawarkan sistem operasi Android Marsmallow. Honor 5X dan Honor 7 menerima Marsmallow beberapa bulan selepas itu. Maka diramalkan peranti Honor ini bakal menerima Nougat 7.0 pada awal tahun depan.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : LG



LG adalah yang pertama mempamerkan peranti mereka dengan sistem operasi Marshmallow. Pengguna LG G5 dikatakan bakal menerima Android Nougat 7.0 akhir tahun ini, manakala model lama seperti LG G4 mungkin akan menerima kemaskini pada awal tahun depan.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : Motorola



Berikut adalah senarai peranti Motorola yang bakal menerima Android Nougat 7.0



Moto G (4th Gen)

Moto G Plus (4th Gen)

Moto G Play (4th Gen)

Moto X Pure Edition (3rd Gen)

Moto X Style

Moto X Play

Moto X Force

Droid Turbo 2

Droid Maxx 2

Moto Z

Moto Z Droid

Moto Z Force Droid

Moto Z Play

Moto Z Play Droid



Model terbaru Moto Z dan Moto G4 akan berada di petak pertama menerima Android Nougat pada hujung tahun ini sama ada Android 7.0 atau Android 7.1.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : OnePlus



OnePlus adalah peranti yang agak lambat menerima kemaskini Marsmallow. OnePlus 2 tidak menerima kemaskini sehingga pada bulan Jun tahun ini dan OnePlus X pula pada bulan Oktober.



Dikhabarkan syarikat tersebut sedang bekerja keras untuk kemaskini Android Nougat untuk model OnePlus 3 yang bakal menerima kemaskini tersebut pada awal tahun depan.



Kemaskini Android 7.0 Nougat : Samsung



Oleh kerana Samsung mempunyai terlalu banyak model, mereka mengambil masa yang agak lama untuk kemaskini Android Nougat tetapi Samsung Galaxy S7 dan S7 edge akan dikemaskini ke Grace UX. Kemaskini ini juga bakal bergabung dengan sistem operasi Nougat 7.1.



T-Mobile juga telah mengumumkan antara model yang akan mendapat kemaskini Android Nougat 7.0 iaitu Note 5, S6, S6 edge, S7 dan S7 edge pada penghujung tahun ini,



Kemaskini Android 7.0 Nougat : Sony Xperia



Sony telah mengumumkan mereka akan menampilkan Android Nougat untuk model Xperia Z3+, Xperia Z4 Tablet, Xperia Z5, Xperia Z5 Compact, Xperia Z5 Premium, Xperia X, Xperia XA, Xperia XA Ultra dan Xperia X Performance. Berita ini telah diumumkan pada persidangan Sony Slovakia. Menurut mereka lagi, Sony Xperia XZ dan Z Performance adalah model pertama menerima kemaskini tersebut iaitu pada bulan Oktober ini manakala Xperia X dan X Compact pada November 2016.



The Xperia Z5 series, Z3+ and Z4 Tablet bakal menerima Android Nougat pada bulan Disember ini manakala Xperia XA dan XA Ultra antara model paling terakhir menerima Android Nougat iaitu pada awal tahun depan.