Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bigpay and duitnow

BigPay Sertai Ekosistem DuitNow – Pengguna Boleh Buat Pembayaran Wang Segera Menerusi Aplikasi DuitNow

Posted on Mac 20, 2020Mac 24, 2020

Terbaru, syarikat BigPay menjalinkan kerjasama dengan DuitNow dalam melaksanakan ekosistem yang membolehkan pemindahan dan pembayaran wang segera domestik. Pemindahan serta pembayaran tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.

Langkah ini membolehkan pelanggan BigPay melakukan penghantaran wang segera menerusi DuitNow. Ia boleh dihantar kepada nombor mudah alih, MyKad atau nombor perniagaan selain pembayaran menggunakan QR di premis yang mempunyai kemudahan DuitNow QR.

Pengguna dan peniaga di Malaysia bakal meraih manfaat dari segi pengumpulan mata dan memperluas jangkauan pengguna hasil dari penyertaan BigPay dalam ekosistem DuitNow.

Selain penggunaan kad BigPay di tempat jualan, ia juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang dari mesin ATM.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress