0

Kebanyakkan daripada kita sudah maklum tentang versi-versi Android yang ditawarkan oleh Google. Bermula dengan Android Cupcake pada 2009 dan yang terbaru adalah Android Pie.

Tetapi mungkin ada dalam kalangan kita yang masih keliru dengan penawaran Stock Android (Android Asli), Android One dan juga Android Go.

Sebelum ini, apabila Google membangunkan Android terbaru, mereka akan meletakkan kod sumber tersebut pada Android Open Source Project (AOSP). Ia hanya sistem dan tidak terpasang dengan mana-mana aplikasi.

Dari situ, syarikat pengeluar lain seperti Samsung, HTC, Huawei atau LG akan mengambilnya, diubahsuai sedikit dan terhasillah Samsung Touch Wiz/Samsung Experience, HTC Sense, EMUI  dan lain-lain lagi.

Sebab itu kita boleh lihat jenama-jenama diatas tampil dengan antaramuka ditambah dengan aplikasi pra-pasang dan ciri-ciri yang berlainan. Ada pengguna yang suka dan ada yang tidak.

Stock Android

Kredit foto: Android Authority

Android asli ini tidak diubah dan dipasang dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Google. Anda boleh lihat pada barisan telefon pintar Nexus dan siri paling baru adalah Pixel (kedua-duanya ada perbezaan sedikit).

Kedua-dua siri ini dipasang terus dengan Android Asli yang mana ia bebas dari bloatware, dapat kemaskini lebih kerap dan pantas, dengan antaramuka yang lebih kemas serta “ringan”. Segala kemaskini ditawarkan oleh Google sendiri. Kalau ada kemaskini baru, sudah tentu peranti Google dapat terlebih dahulu.

Android One

Kredit foto: Android Authority

Versi awal diperkenalkan di India pada 2014, disasarkan untuk peranti kelas bawah. Tetapi bila mendapat sambutan hangat, ia beralih peranti dengan spesifikasi lebih tinggi.

Dalam program Android One ini, Google memberikan perkhidmatan perisian kepada syarikat pengeluar. Ini bermakna, model  dari jenama lain yang terpasang dengan Android One boleh menikmati kemaskini utama serta penambahbaikan sekuriti lebih pantas ditawarkan pengeluar dengan bantuan Google.

Kemaskini ditawarkan sedikit lambat berbanding peranti Google sendiri.

Antara telefon pintar yang berada dalam program Android One adalah:

  • Model pertengahan dan flagship Nokia
  • Mi A2
  • Motorola One

Android Go

Kredit foto: Android Authority

Android Go diperkenalkan khusus untuk peranti kelas bawah bagi menggantikan Android One yang kini ditawarkan untuk peranti pertengahan dan juga flagship.

Ia digubah dan dipasang dengan aplikasi-aplikasi ringan supaya penggunaannya lebih lancar pada peranti kelas bawah seperti contoh aplikasi mestilah dibawah 40MB sementara aplikasi permainan dibawah 65MB.

Antara peranti yang dipasang dengan Android Go

  • Model permulaan Nokia
  • Huawei Y5 Lite
  • Samsung Galaxy J4

Anda pengguna salah satu Android diatas? Boleh kongsikan pengalaman menggunakannya diruang komen.

Sumber: Android Authority dan FossyBytes

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Trivia

You may also like