Betulkah Guna Soket Pengecasan Kereta Rosakkan Bateri Telefon?

Pernahkah anda mengecas telefon anda dalam kereta menggunakan soket kuasa 12v kereta anda? Bila cas telefon pula, anda akan terasa telefon anda lambat dicas dan panas. Ada yang kata ia dengan menggunakan soket 12v ini juga boleh merosakkan bateri telefon, tetapi betul ke?

Perkara ini masih menjadi persoalan dan masih ada yang tidak berani untuk mengecas telefon dengan menggunakan soket kuasa 12V ini.

Baik, kita mulakan dengan soket kuasa 12V ini. Seperti yang tertulis, soket ini mempu memberikan kuasa sehingga 12V dan 10A. Pada palam pengecasan untuk sebuah telefon pintar, ia mampu menyokong dari 5V hingga 20V dan 2A hingga 3.25A. Jadi soket kuasa kereta tiada masalah untuk memberi kuasa yang mencukupi pada palam pengecasan.



Jadi apa yang menyebabkan telefon menjadi panas apabila dicas?

Perkara ini mungkin terjadi daripada 2 faktor iaitu wayar pengecasan dan palam pengecasan. Berbalik kepada ampere (A) atau arus, setiap wayar mempunyai arus/A tersendiri. Untuk pengecasan yang menggunakan Watt yang besar maka wayar juga memerlukan A yang besar. Ini kerana wayar ini adalah komponen yang perlu mengalirkan kuasa daripada palam pengecasan ke telefon anda.

Jika palam pengecasan mengalirkan kuasa yang besar tetapi wayar hanya mampu menampung arus yang sikit, ini menjadi punca telefon anda lambat dicas.



Begitu juga dengan palam pengecasan. Setiap palam akan menyatakan berapa Watt yang mampu dialirkan daripada palam tersebut. Jika palam hanya mampu mengalirkan 5W sahaja, ia akan mengambil masa yang lama untuk bateri telefon penuh kerana rata-rata telefon sekarang menyokong pengecasan pantas 18W dan keatas.



Untuk huraian yang lebih tepat, Wan Amir ada membuat kiriman di Facebook berkenaan dengan soket kuasa 12V ini.



Kebanyakan kereta sekarang sudah pun tersedia dengan lubang pengecasan USB untuk memudahkan pengguna mengecas peranti yang mereka gunakan. Jadi penggunaan soket kuasa mungkin jarang digunakan kerana terdapatnya lubang pengecasan ini.

Walau bagaimanapun, jika kereta anda tidak mempunyai lubang pengecasan USB ini, anda boleh menggunakan palam pengecasan yang disambungkan pada soket kuasa 12V.

Kesimpulannya, anda boleh mengecas menggunakan soket kuasa 12V tanpa risau bateri akan telefon anda rosak. Tetapi anda perlu menggunakan wayar dan palam pengecasan yang berkualiti untuk menjamin hayat bateri telefon.

Anda boleh beli palam pengecasan dan wayar menggunakan pautan di bawah: