Betul Ke Telefon Pintar Dapat Dicas Dengan Lebih Pantas Apabila Mod Pesawat Diaktifkan? Ini Jawapannya

Sebagai pengguna telefon mudah alih sejak sekian lama, pasti kita pernah mendengar dakwaan bahawa telefon akan dicas dengan lebih cepat sekiranya kita mengaktifkan mod pesawat(Airplane Mode) semasa mengecas.

Namun, adakah ia benar atau hanya sekadar mitos? Untuk menjawab persoalan tersebut, pihak CNET telah menjalankan ujian pengecasan dengan mengaktifkan mod pesawat.

Hasilnya, pengecasan dengan mod pesawat adalah 4 minit lebih pantas berbanding pengecasan biasa.

Seorang Youtuber, TheUnlockr juga telah mengadakan ujian yang hampir serupa menggunakan iPhone 8 Plus.

Beliau telah mengecas peranti tersebut dengan tiga tetapan berbeza iaitu mod pesawat aktif, sambungan wifi aktif dan semasa peranti dimatikan. Berikut adalah hasilnya:

https://www.youtube.com/watch?v=PwBTiTLwCwA

Tidak cukup dengan itu, kami sendiri telah mengadakan ujian yang sama menggunakan telefon dengan pengecasan terpantas, Oppo R17 Pro.

Apa yang kami dapati, Oppo R17 Pro hanya dicas 1 minit lebih pantas semasa mod pesawat diaktifkan. Ia mengambil masa 25 minit untuk dicas dari 10%-100% berbanding 26 minit semasa pengecasan biasa.



Secara keseluruhannya, dakwaan pengecasan menjadi lebih pantas pada mod pesawat mungkin adalah benar namun tidak terlalu signifikan.

Pada pendapat kami ia tidaklah berbaloi dilakukan kerana anda akan kehilangan sebahagian besar fungsi telefon semata-mata untuk mengecas 1-4 minit lebih cepat.

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber:  HowStuffWorks   Verizon   TheUnlockr

Berkaitan