Betul Ke Teknologi AI Dapat Mempelajari Tingkah Laku Pengguna? Ini Jawapan Yang Diberikan Oleh Pihak Honor

Bulan Disember yang lepas dengan kerjasama forum XDA, Honor membuka peluang kepada peminat dan orang ramai bertanyakan soalan kepada mereka khususnya tentang teknologi AI dikuasakan dengan cip Kirin 970 menggunakan NPU (Neural Processing Unit) berbanding CPU.

Sesi Q&A tersebut juga di sertai oleh wakil daripada Huawei, Qiang Gan, orang penting dalam pembinaan antaramuka EMUI 1.x- 3.x. Ketika ini, Qian Gan bertanggungjawab dalam pengurusan jangka hayat produk termasuklah pengurusan dan pengalaman pengguna.

Berikut merupakan antara soalan-soalan yang diajukan kepada pihak Honor dan jawapan daripada mereka.

Soalan: "Apa Itu AI?"

Jawapan: "NPU merupakan elemen penting dalam membawakan keupayaan kecerdasan buatan untuk Honor View 10. Melalui NPU, peranti ini dapat mengenaplasti 13 jenis objek/keadaan yang berbeza apabila mengambil gambar. Bermaksud peranti ini dapat mengecam keadaan dan menambahbaik hasil gambar mengikut jenis keadaan."

Soalan: "Apa perbezaan NPU berbanding CPU atau CPU dengan keupayaan AI yang lain di pasaran?"

Jawapan: Pembinaan cip Kirin 970 bersama NPU direka khas oleh Huawei untuk penggunaan telefon pintar berserta reka bina pengkomputeran HiAI, membawakan keupayaan AI yang cekap berbanding binaan CPU dan GPU biasa. Berbanding cip 8 teras Cortex-A73, cip pemprosesan Kirin 970 membawakan 25 kali prestasi lebih baik bersama 50 kali lebih efisyen. Dengan Kirin 970 juga, peranti ini mampu mengambil 33 gambar sesaat, lebih laju dari cip CPU lain ketika ini.

Soalan: "Adakah NPU membantu  pengurusan RAM dan tugasan ketika peranti sedang berkerja keras?"

Jawapan: NPU adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan tugasan AI, sama seperti GPU, yang memfokuskan pemprosesan grafik. NPU dapat memberikan keupayaan AI yang lebih stabil apabila sistem sedang loading atau dalam keadaan peranti berkerja keras. Bermakna peranti tanpa NPU yang akan mengalami kemerosotan prestasi AI apabila ketika 'berat'.

Soalan: Sejauh manakah keupayaan sebenar AI? Adakah ianya mampu mempelajari tingkah laku pengguna, menjadi semakin pintar dari semasa ke semasa dan adakah AI ini satu revolusinari baru telefon pintar untuk masa depan?

Jawapan: Melalui teknologi AI, EMUI 8.0 dapat memahami sifat pengguna dengan menjangkakan apa yang pengguna akan lakukan melalui pengumpulan data-data dan statistik dalam memastikan penggunaan yang lebih lancar untuk jangka masa yang panjang.

XDA turut memberitahu mereka sedang dalam perancang untuk mengendalikan satu lagi acara untuk memberi peluang kepada pengguna dan pembangun aplikasi untuk mengubah suai sendiri ciri pengecaman objek yang dibawakan oleh aplikasi kamera mereka, dalam masa terdekat.

Pada kami setakat ini teknologi AI masih lagi dalam fasa permulaan dan banyak lagi penambahan yang perlu dibawakan seperti ciri yang membenarkan pengguna mengajar sendiri AI tersebut supaya ianya dapat belajar dengan lebih pantas.

Sumber