Beta COD: Legends of War Tersedia Untuk Peranti Mudah Alih, Hadir Dengan Pelbagai Peta Popular

Permainan video popular, Call of Duty kini hadir dengan satu lagi versi untuk peranti mudah alih, COD: Legends of War. Permainan ini dihasilkan melalui kerjasama antara Tencent Games dan Activision.

Permainan ini sudah boleh dimainkan di China dan kini versi beta untuk pasaran global mula tersedia. Namun setakat ini, ia hanya tersedia untuk Google Play Store di Australia sahaja.

COD: Legends of War ini hadir dengan beberapa peta popular permainan Call of Duty asal seperti Nuketown, Hijacked, Crossfire dan Crash.


Kredit: Xda-Developers


Selain itu, pemain juga akan dapat memainkan pelbagai mod berbeza antaranya Team Deathmatch, Frontline, Free4All dan Search & Destroy.

Bagi anda yang mahu mencuba permainan ini sebelum pelancaran rasminya nanti, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Muat turun fail APK dari APKMirror

  2. Pasangkan permainan ke peranti anda

  3. Mulakan permainan. Permainan akan tersangkut di paparan hadapan

  4. Keluar dari permainan, anda boleh juga 'force stop' permainan bagi memastikan proses permainan berhenti seterusnya

  5. Muat turun fail OBB dari APKMirror. Extract dan pindahkan fail OBB ke Android/obb/com.activision.callofduty.shooter.

  6. Mulakan perperangan anda!


 

Sumber: Reddit via Xda-Developers