Bertukarlah Pada Honor 8X, ‘Keunggulan’ Luar Biasa Ini Pasti Buat Anda Tidak Menyesal

Jika kita melihat semula pengeluaran telefon pintar dari pelbagai jenama ketika ini sedang berlumba-lumba untuk mencuri perhatian pengguna. Sudah pasti, semua pembangun telefon pintar ingin mempamerkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai teknologi paling canggih ketika ini.

Bayangkanlah, dalam masa satu bulan sahaja hampir 50 peranti baharu diperkenalkan dengan spesifikasi serta ciri-ciri yang mampu membuatkan pengguna terpegun dan tertarik untuk memilikinya. Sehinggakan, semua model seakan sudah tiada bezanya.

Berbeza dengan jenama telefon pintar keluaran Honor yang sentiasa memastikan produk mereka benar-benar berkualiti dan mempunyai ciri-ciri terkini dan mesra pengguna di setiap peringkat umur. Honor sekali lagi tampil memperkenalkan peranti dibawah siri Xtraordinary  atau X iaitu Honor 8X terbaru mereka pada bulan Oktober yang lalu.

Anda silap jika anda menganggap Honor 8X sama seperti peranti-peranti kelas pertengahan yang lain. Kerana kali ini Honor cuba mengenengahkan satu peranti seakan kelas atasan tetapi dengan harga bawah RM1000.

Paparan Skrin Yang Lebih Luas 91% Dengan Teknologi Eyes Comfort

Untuk paparan skrin pula, Honor 8X dilengkapi dengan skrin 6.5 inci  dan 91% nisbah skrin ke badan untuk memberikan kepuasan penuh kepada pengguna dan peranti ini juga menyokong video sehingga nisbah 21.9. Selain itu juga, Honor 8X adalah telefon pintar pertama didunia dengan teknologi TÜV Rheinland ‘Eyes Comfort’ yang akan memberikan keselesaan pada mata pengguna walaupun menghadap skrin dalam jangka masa yang lama.

Reka Bentuk Premium Setaraf Kelas Flagship

Sejak Huawei P20 Pro dilancarkan, dapat diperhatikan fesyen binaan pada peranti Huawei dan Honor juga telah berubah. Malah, kita juga dapat lihat peranti kelas pertengahan mula menerima reka bentuk yang setaraf dengan model kelas atasan. Perkara itu turut berlaku pada Honor 8X kali ini. Bermula dengan panel belakangnya, Honor 8X ini kelihatan hampir sama dengan Honor 10, namun ia mempunyai dua tekstur yang belum pernah dilihat di mana-mana peranti Huawei atau Honor sebelum ini. Honor 8X juga menggunakan teknologi COF bingkai bawahnya pula hanya selebar 4.25mm sahaja dan antena yang telah dipatenkan serta dipadankan dengan tekstur Aurora Glass yang dapat memberikan kesan kilauan pada bahagian belakangnya.

Storan Luaran MicroSD Sehingga 400GB

Jika anda merasakan telefon pintar anda sekarang tidak cukup ruang untuk menyimpan gambar serta pelbagai aplikasi, ini lah masa yang sesuai untuk anda bertukar ke Honor 8X kerana didatangkan dengan storan dalaman 4GB RAM bersama storan 128GB ROM. Honor 8X juga menyokong penuh storan luaran microSD sehingga 400GB.

Tetapan Twin Function

Bagi memudahkan kami membuat panggilan telefon dalam masa sama inginkan juga akses internet daripada dua SIM yang berbeza, Honor 8X mampu menawarkan keperluan tersebut. Kami juga tidak perlu berserabut kepala untuk memindahkan atau mengalihkan kad SIM yang telah dimasukkan kerana terdapat satu lagi slot untuk kad microSD jika-jika kami inginkan storan tambahan.

Telefon pintar ini juga menyokong fungsi Twin Function yang membolehkan anda untuk membuka satu aplikasi dalam 2 tetingkap yang berbeza, seperti 2 aplikasi Facebook atau 2 aplikasi Instagram dalam satu masa yang sama. Apa yang anda perlu lakukan adalah menetapkannya pada bahagian Settings > Apps & notification > App twin dan pilih aplikasi yang anda mahukan untuk membukanya menggunakan fungsi App twin.

Kamera Dengan Teknologi AI Stabilizer

Pada zaman pengguna telefon pintar yang obses dengan penggunaan sosial media, kamera menjadi elemen penting bagi sesetengah pengguna untuk memiliki sebuah peranti. Honor 8X turut tampil dengan menggunakan dwi-lensa 20MP f/1.8+2MP serta lensa tunggal 16MP f/2.0 bagi kamera swafoto. Kualiti gambar yang diambil menggunakan telefon pintar ini juga dilihat agak baik kerana kameranya disokong dengan teknologi AI yang mana ia dapat membuat pengecaman sehingga 22 objek yang berlainan dalam satu gambar yang sama.

Ciri-ciri istimewa yang turut ada pada kamera Honor 8X ialah teknologi Penstabilan Imej AI (AI Stabilizer). Sokongan AIS yang disertakan dalam fungsi kamera Honor 8X ini juga membolehkan anda untuk membuat rakaman menggunakan tangan bagi mengurangkan kesan gegaran melalui bantuan teknologi AI. Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ciri dan fungsi yang disertakan bersamanya adalah seakan sama dengan peranti kelas pertama. Hal ini kerana Honor 8X turut menyokong rakaman gerakan perlahan sehingga 480fps pada kameranya yang mana buat masa ini hanya terdapat pada peranti-peranti kelas pertama sahaja. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon dan sangat mudah untuk dicapai oleh jari anda.

Ya, jelas sekali Honor 8X ini lebih mengfokuskan kualiti kamera berbanding ciri-ciri dalaman peranti ini. Namun,  itu tidak bermakna Honor acuh tak acuh untuk membangunkan sebuah peranti yang mampu berdaya saing dengan peranti kelas pertengahan yang lain. Disokong oleh cip kelas pertengahan terkini dari Hisilicon, Kirin 710, peranti ini sudah cukup untuk menjalankan tugasan normal dengan cukup baik. Anda juga kurang menghadapi masalah untuk bermain permainan video mudah alih yang popular ketika ini seperti PUBG Mobile dan juga Mobile Legends kerana peranti ini turut dilengkapi GPU Turbo.

Bateri Bersaiz Besar yang Mampu Bertahan Sehingga 24 Jam Penggunaan

Honor 8X juga turut menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3,750mAh. Dengan penggunaan yang normal, bateri mampu bertahan selama 1 hari tanpa masalah. Manakala, bagi pengguna yang ‘hardcore’ pula bateri hanya mampu bertahan selama 16 jam sahaja.

Bagi memudahkan anda, disini kami membuat  perbandingan dari segi harga dengan telefon pintar model Oppo F9 dan juga Vivo V11 yang juga mempunyai spesifikasi hampir sama tetapi dijual dengan harga lebih tinggi berbanding Honor 8X.

Secara keseluruhannya, jika anda masih tercari-cari telefon pintar yang cukup sifat dari segi kamera, rekaan luaran dan kapasiti bateri serta dengan harga bawah RM1,000 memang Honor 8X jawapan yang tepat untuk anda. Percaya atau tidak peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi tinggi hanya berharga RM949 dan ini menjadikan Honor 8X peranti ‘mid range’ paling murah dan berbaloi yang ditawarkan di pasaran ketika ini.

Honor 8X telah mengambil gelaran telefon pintar Honor paling laris didalam sejarah Honor di Malaysia. Pencapaian Honor 8X yang menjadi telefon pintar Honor paling laris di Malaysia membuktikan bahawa ianya model dengan spesfikasi dan harga penjualan yang sangat kompetitif. Sekarang, produk daripada Honor 8X anda sudah boleh dapatkannya secara dalam talian menerusi HiHonor  atau aplikasi Shopee  

 

Zacky Venge

Zacky Venge

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408