Bersedialah Mengadap Nama Baru "Instagram from Facebook" dan "WhatsApp from Facebook"

Facebook di mana-mana...


Selepas membeli platfom perkongsian gambar Instagram pada harga USD1 bilion pada April 2012 dan kemudian membeli pula platfom sembang sosial WhatsApp pada Februari 2014 pada harga lebih daripada USD19 bilion, kini Facebook sudah sedia meletakkan nama Facebook bersama nama kedua-dua platfom tersebut.

The Information yang mula melaporkannya memaklumkan bahawa syarikat gergasi rangkaian sosial itu akan menjenamakan kedua-dua platfom tersebut kepada “Instagram from Facebook” dan “WhatsApp from Facebook”.

Penjenamaan ini dijangka akan mula dipaparkan di Apple App Store dan Google Play Store tidak lama lagi. Langkah meletakkan nama Facebook bersama 2 platfom ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini firma pembangun realiti maya (Virtual Reality) Oculus telah mula diletakkan "from Facebook" padanya selepas Facebook membeli firma tersebut pada tahun 2014 lalu.



We want to be clearer about the products and services that are part of Facebook” Jurucakap Facebook.

Walaubagaimanapun, tindakan menamakan platfom sosial popular ini kepada nama baru tersebut mungkin tidak disenangi kepada sebahagian pengguna. Paling tidak pun, ia akan kelihatan menjengkelkan kerana pengguna tidak perlu diingatkan yang ia dimiliki oleh Facebook.

Tapi, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa sesuai penjenamaan baru ini atau anda tidak kisah pun dengannya?