Firefox 72 akan ditawarkan dalam bulan Januari tahun hadapan nanti.
Mozilla, pembangun aplikasi pelayar Firefox memaklumkan mereka akan meningkatkan lagi ciri perlindungan penjejakan pelayar mereka pada versi Firefox 72.
Bermula pelayar Firefox 72, mereka akan memperkenalkan tetapan baharu pada pelayar tersebut yang dikenali sebagai "Fingerprinters".
Fingerprinters merupakan metode penjejakan yang membenarkan laman-laman sesawang menjejak penggunanya berdasarkan tabiat pengguna ketika menggunakan komputer mereka, selain menerusi penjejakan ke atas kuki (cookies).
Cara Fingerprinters berfungsi adalah dengan membina profail pengguna berdasarkan tetapan resolusi skrin komputer, pelayar yang digunakan, bahasa, extension yang dipasang pada pelayar, font dan sistem operasi komputer yang digunakan mereka.
Kesemua maklumat itu dikompilasikan sebagai satu fingerprint unik bagi menjejak penggunanya ketika mereka sedang melayari internet.
Maka dengan adanya ciri tetapan fingerprint nanti, pelayar Firefox akan dapat menyekat metode penjejakan itu dari menjejak penggunanya.
Pelayar Firefox 72 hanya akan ditawarkan dalam bulan Januari 2020 nanti. Tetapi pengguna boleh mencuba versi beta pelayar ini dengan memuat turun aplikasi Firefox Nightly.
Ketika ini versi terkini pelayar Firefox adalah v70.0.1.
Sumber: Techdows
Berkaitan
- Pengguna Firefox Digesa Segera Kemas Kini Aplikasi Pelayar Mereka
- Firefox Dakwa Microsoft Tidak 'Bermain' Secara Adil Promosikan Penggunaan Pelayar Edge
- Mozilla Bakal Melancarkan Versi Pelayar Firefox Premium Pada Tahun Ini
- Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 'Extension' Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox
- Mozilla Mengemas Kini Aplikasi Pelayar Firefox Preview Kepada Versi 2.0
- Malwarebytes Menawarkan 'Extension' Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox
- Versi Pelayar Firefox 70 Akan Menandakan Semua laman HTTP Sebagai “Not Secure”
- Firefox Bakal Tamatkan Sokongan Ke Atas Windows 7, 8 Dan macOS Terdahulu
- Pengguna Pelayar Firefox Berdepan Isu Penggodaman, Kemas Kini Segera
- Pelayar Firefox Kini Spesies Terancam