Bermula November, Twitter Akan Menyekat Kesemua Iklan Berkaitan Politik

Twitter tidak lagi menerima dan mengiklankan iklan politik secara global diplatfomnya.


Twitter mengumumkan bahawa mereka akan berhenti menerima iklan politik di platform mereka. Ia adalah ssebagai reaksi terhadap kebimbangan orang ramai berhubung maklumat tidak tepat yang disebarkan oleh kalangan ahli politik di platfom tersebut.

Ia dimaklumkan oleh Ketua eksekutif Twitter, Jack Dorsey dalam satu kenyataan rasmi.

"We’ve made the decision to stop all political advertising on Twitter globally. We believe political message reach should be earned, not bought." Jack Dorsey.

Twitter menjelaskan, antara sebab langkah ini diambil oleh mereka adalah kerana, walaupun pengiklanan di internet amat berkesan untuk pengiklan, namun ia memberi risiko kepada politik kerana boleh digunakan sebagai alat dalam mempengaruhi pengundi, sekali gus memberi kesan ke atas jutaan nyawa.

Langkah berkenaan diambil seiring dengan tekanan dihadapi Facebook untuk melaksanakan pemeriksaan ke atas iklan dikeluarkan oleh ahli politik.

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, pengiklanan politik bukan sumber utama pendapatan media sosial itu namun beliau percaya, adalah penting untuk membenarkan semua orang bersuara dan larangan ke atas iklan politik hanya memberikan kelebihan kepada penyandang.

Namun begitu, pandangan tersebut Dorsey tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

This isn’t about free expression. This is about paying for reach. And paying to increase the reach of political speech has significant ramifications that today’s democratic infrastructure may not be prepared to handle.” Jack Dorsey.

Pihak Twitter akan menjelaskan perinciannya dasar baru mereka ini pada bulan depan dan pengharaman iklan politik akan  berkuatkuasa mulai 2 November ini.

Sumber: The Verge

Berkaitan