Bermula Dengan League Of Legends, Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin

Anda mungkin tidak pernah menyangka pertemuan pertama di kafe siber, mampu berputik selama lima tahun dan berakhir ke jenjang pelamin. Itulah yang terjadi pada Khamirul Azuan Kamaruddin dan pasangannya, Ameerah Idros.



Melalui detik awal perkenalan, mereka bertemu di sebuah kafe siber dimana pada ketika itu Khamirul sedang bermain League of Legends yang juga permainan kegemaran Ameerah. Ketika itu, beliau masih menuntut di sebuah universiti dan isterinya ditugaskan untuk mencari pemain menjadi seorang pro melalui program inisiatif Garena.

Dalam program tersebut, beliau banyak mengikut dan membantu Ameerah. Cinta antara mereka mula berputik selepas bermain 'truth or dare'. Ketika rakan-rakan bertanya crush isterinya, Ameerah menunjuk ke arah Khamirul.

"Waktu itu tanya siapa crush dia, dan dia tunjuk ke arah saya. Terkejut juga masa itu." jelas Khamirul



Perkara ini tidak berakhir di situ sahaja, Ameerah meluahkan perasaan kepada beliau dan mereka semakin rapat serta mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 7 Mac yang lalu.

Selamat pengantin baru kami ucapkan pada pasangan ini.

Berkaitan