Ikuti kami di media sosial

Berita

Berjuta Telefon Pintar Tidak Lagi Boleh Mengaktifkan Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun 2020

ariff bukhari

Ditulis

pada

Semua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Windows 10 Mobile tidak lagi menyokong WhatsApp.

WhatsApp mengumumkan bahawa bermula sahaja 1 Januari 2020 nanti, kesemua telefon pintar yang menggunakan sistem Windows 10 Mobile tidak lagi boleh mengaktifkan aplikasi WhatsApp.

Tindakan ini adalah tidak lama selepas daripada penamatan sokongan oleh pihak Microsoft terhadap sistem operasi peranti pintar tersebut baru-baru ini.

Malah bukan hanya pada peranti Windows 10 Mobile sahaja, peranti Android yang masih menggunakan versi sistem operasi Android terdahulu juga tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

Secara khususnya, peranti yang menggunakan sistem Android versi 2.3.7 dan terdahulu tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 1 Februari 2020.

-- Iklan --

Bagi pengguna peranti iOS pula, WhatsApp menyatakan hanya peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 9 dan terbaru sahaja yang akan boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

iPhone yang menggunakan versi iOS 8 dan versi terdahulu tidak lagi boleh mengaktfikan WhatsApp bermulanya 2 Februrai 2020.

Oleh itu, jika anda masih menggunakan peranti yang terjejas dengan penamatan sokongan WhatsApp, bolehlah mula mendapatkan model terbaru telefon pintar Android atau iOS.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular