Berjuta Telefon Pintar Android Di Datangkan Bersama Perisian Hasad Di Dalamnya

Pihak keselamatan Google sendiri memaklumkan.


Pada persidangan keselamatan teknologi Blackhat 2019 yang telah berlangsung minggu lalu, pihak keselamatan Google mendedahkan bahawa berjuta telefon pintar Android yang dijual di pasaran telah didatangkan bersama perisian hasad di dalamnya.

Ia tersedia dipasang oleh pengeluar dari pelbagai jenama telefon pintar Android. Dalam laporan kajian yang bertajuk Securing The System: A Deep Dive into Reversing Android Pre-Installed Apps yang dibentangkan oleh Maddie Stone, penyelidik keselamatan dari Project Zero menyatakan, perisian hasad yang tersedia dipasang dalam peranti Android boleh mengancam keselamatan data pengguna.

"If malware or security issues come as preinstalled apps, then the damage it can do is greater, and that's why we need so much reviewing, auditing and analysis." Maddie Stone.

Beliau memberitahu, kebanyakan telefon pintar Android yang terkesan dengan isu ini kerana menggunakan perisian Android's Open-Source Project (AOSP) di dalamnya.

AOSP dipasang pada kebanyakan telefon pintar Android adalah bagi mengurangkan kos pengeluarannya.

Pihak pasukan penyelidik itu tidak menyenaraikan jenama telefon pintar Android yang terkesan dengan isu ini. Tetapi menurut penyelidik, lebih daripada 200 telefon Android dari pelbagai pengeluar didapati mengandungi perisian hasad di dalamnya yang membenarkan ia diserang penggodam.

Sumber: Forbes

Berkaitan