Sebulan yang lalu, WannaCry telah menjadi sebuah ransomware yang terkenal denganĀ melumpuhkan sistem kesihatan Britain dan dikatakan telah kembali sekali lagi. Mangsa kali ini pula ialah sebuah kilang pembuatan Honda di Jepun. Honda terpaksa memberhentikan operasi kilang Sayama mereka buat sementara waktu selepas ransomware itu menjangkiti rangkaian di dalam kilang tersebut. Kilang itu yang menghasilkan…
Kategori: Berita
Kemaskini Intagram Stories- Pengguna Dapat Memainkan Semula Video Live Untuk Tempoh 24 Jam
Instagram hari ini memperkenalkan satu penambahan fungsi pada ciri Instagram Stories. Pengguna yang merekod penstriman video secara langsung akan diberi pilihan untuk berkongsikan video live mereka untuk jangka masa 24 jam. Hanya tekan butang ‘Share‘ dibahagian bawah setelah rakaman tamat. Pengguna juga boleh menekan butang ‘Discard‘ jika tidak mahu meneruskan penyiaran live video. Jika akaun…
Pekerja Kilang Apple Membuang Komponen Peranti Ke Dalam Lubang Tandas Untuk Dibawa Keluar Ke Pasaran Gelap
Pekerja di kilang besar di China didapati telah membawa keluar komponen peranti dengan membuangnya ke dalam lubang tandas. Selepas itu, mereka akan mengumpulkannya dari saluran pembentung kemudian menjualnya kepada pembida dengan harga yang tinggi. Selalunya komponen ini akan sampai ke pasar Huaqiangbei dan selepas itu ke tangan-tangan wartwan dan blogger. Tahun 2013 merupakan tahun yang…
Pengendali Laman Sesawang Korea Membayar Wang Ugutan Sebanyak RM 3.7 Juta
Syarikat pengendali laman sesawang Nayana telah bersetuju membayar wang ugutan sebanyak RM 1.7 Juta dalam bentuk bitcoin selepas serangan ransomware. Nayana telah diserang pada 10 Jun dan telah memberitahu pihak berkuasa Korea Selatan mengenai perkara ini. Firma keselamatan, Trend Micro berkata penyerang menggunakan ransomware Erebus menyebabkan ribuan laman sesawang hilang semasa serangan. Mengikut Korean Internet…
Saman Apple: Menuduh Qualcomm Mengamalkan Model Bisnes Tidak Sah
Sudah diketahui ramai yang Apple sekarang sedang mengalami proses menyaman Qualcomm di mahkamah California. Apple telah menuduh Qualcomm cuba mengamalkan cara bisnes yang tidak sah semasa prosiding mahkamah. Khususnya dalam cara Qualcomm mengenakan bayaran untuk yuran lesen bagi setiap penghasilan iPhone. Apple berkata yang Qualcomm mengambil bayaran sehingga dua kali ganda dengan bayaran pertama untuk…
Uber Mula Beroperasi Di 3 Bandar Baru – Batu Pahat, Kuala Terengganu, Dan Sandakan
Uber yang semakin kukuh bertapak di Malaysia kini telah menambah 3 lagi bandar baru ke dalam senarai perkhidmatan mereka. Pengumuman yang dibuat melalui laman rasmi Facebook Uber Malaysia itu memperlihatkan Batu Pahat, Kuala Terengganu, dan Sandakan sebagai lokasi baharu syarikat berkenaan. Dengan penambahan dibuat itu, senarai lokasi penawaran Uber telah bertambah kepada 15 lokasi diseluruh…
