Laman FOX13 melaporkan, seorang pembeli konsol PlayStation 5 telah menjadi mangsa scamĀ apabila konsol yang ditempahnya tidak terimanya. Sebaliknya yang diterima mangsa adalah sebuah blok konkrit. Menurut laporan tersebut, Jabatan Polis Orem, Utah, Amerika Syarikat mengesahkan seorang lelaki berusia 38 tahun telah menempah sebuah konsol PS5 dari laman eBay pada harga USD878. Walhal harga jualan konsol…
Kategori: Berita
Kusyen Pad Telinga AirPods Max Berharga RM349 Sepasang
Malam semalam, Apple telah mengumumkan sebuah fon telinga premium AirPods Max yang berharga RM2,399. Bersama-samanya, Apple turut menawarkan alat gantian seperti kusyen pad telinga yang berharga RM349 sepasang (2 unit, kiri dan kanan). Terdapat 5 pilihan warna yang boleh dibeli selari dengan 5 warna fon telinga AirPods Max iaitu Silver, Black, Green, Blue, dan Red….
WhatsApp Kini Hadir Dengan Ciri Pembelian Secara Terus Dalam Aplikasi
Sebelum ini, Facebook merancang untuk membawakan ciri pembelian dalam aplikasi melalui WhatsApp. Terbaru, Facebook mengumumkan ciri “Add to Cart” telah tersedia di aplikasi WhatsApp. Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna melayari katalog dan memilih pelbagai produk. Seterusnya, membuat pesanan sebagai satu mesej di WhatsApp Business. Ciri ini turut memudahkan peniaga untuk mengesan pesanan, menguruskan permintaan…
LG Kini Tidak Lagi Hasilkan Telefon Bajet Sendiri, Bakal Guna Sumber Luar Untuk Kurangkan Kos
Antara jenama yang kian senyap dalam penghasilan telefon pintar adalah LG. Disebabkan persaingan kompetitif dari pelbagai jenama terutamanya model dari China, jenama ini semakin dilupakan dari disebut pengguna. Setelah mengeluarkan laporan pendapatan yang kian merosot untuk suku ke-22 berturut-turut, jenama itu kini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengeluarkan telefon kelas bawahan dan pertengahan sendiri….
Semua Aplikasi Google Workspace Termasuk Gmail Akan Tamatkan Sokongan Internet Explorer 11 Pada 2021
Walaupun Microsoft kini memfokuskan kepada pelayar Edge, namun syarikat itu masih belum menamatkan perkhidmatan Internet Explorer 11. Terbaru, Google kini mengumumkan semua aplikasi Workspace akan menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11 bermula 15 Mac 2021. Antaranya termasuk Gmail, Google Calendar, Drive, Docs/Sheets/Slides, Meet, Chat, Keep, Currents, dan lain-lain. Laman web mungkin masih boleh diakses selepas…
Daftar Kad Sim Tanpa Pengesahan, Sebanyak RM750,000 Kompaun Dikeluarkan Kepada Syarikat Telco
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun bernilai RM750,000 pada 4 Disember 2020. Kompaun tersebut dikeluarkan kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna. Menurut MCMC, tindakan tersebut adalah susulan daripada audit yang dijalankan oleh pihaknya di Pahang, Kelantan dan Terengganu sekitar Ogos…
