Berita Archives - WISER.MY https://wiser.my/berita Laporan Teknologi & Gajet Fri, 04 Sep 2026 13:22:51 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Berita Archives - WISER.MY https://wiser.my/berita 32 32 118486170 Thailand Bakal Perketat Peraturan Pusat Data AI https://wiser.my/thailand-bakal-perketat-peraturan-pusat-data-ai Fri, 04 Sep 2026 13:22:51 +0000 https://wiser.my/?p=386146 Thailand bakal memperkenalkan peraturan yang lebih jelas mengenai pusat data AI bagi mengawal sektor yang berkembang pesat itu, dan meminta hampir 50 tapak yang kini dalam pembinaan menangguhkan projek berkenaan sehingga peraturan baharu diperkenalkan. Ketika permintaan terhadap kecerdasan buatan semakin meningkat, syarikat gergasi teknologi berlumba-lumba melabur berbilion-bilion dolar di Asia Tenggara. Namun, perkembangan pantas sektor...

The post Thailand Bakal Perketat Peraturan Pusat Data AI appeared first on WISER.MY.

]]>
Thailand bakal memperkenalkan peraturan yang lebih jelas mengenai pusat data AI bagi mengawal sektor yang berkembang pesat itu, dan meminta hampir 50 tapak yang kini dalam pembinaan menangguhkan projek berkenaan sehingga peraturan baharu diperkenalkan.

Ketika permintaan terhadap kecerdasan buatan semakin meningkat, syarikat gergasi teknologi berlumba-lumba melabur berbilion-bilion dolar di Asia Tenggara.

Namun, perkembangan pantas sektor ini telah mendahului peraturan sedia ada. Kebimbangan juga semakin meningkat di seluruh dunia mengenai kesan pusat data terhadap alam sekitar, termasuk penggunaan elektrik dan air, selain kesannya kepada komuniti setempat.

“Thailand menarik minat daripada pelabur tempatan dan asing… Kami perlu memastikan keselarasan dengan undang-undang, piawaian dan kepentingan negara,” kata Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.

Beliau berkata peraturan berkaitan akan disemak semula supaya menjadi lebih “ketat” dan mengutamakan keselamatan awam.

Menurut Danucha Pichayanan, setiausaha agung Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan Thailand, sekitar 35 pusat data kini sudah beroperasi di negara itu. Sebanyak 49 pusat data lagi sedang dalam pembinaan, manakala 11 projek telah diluluskan dan 117 lagi masih dalam proses semakan.

“Kami tidak mempunyai kuasa untuk menggantung pembinaan 49 pusat data itu (sehingga peraturan baharu dirangka). Mereka hanya diminta memberikan kerjasama sekiranya mahu menghentikan sementara pembinaan sementara menunggu peraturan yang lebih jelas, yang dijangka diperkenalkan bulan depan,” kata Danucha kepada AFP.

Pusat data baharu, iaitu kemudahan seperti gudang yang menyimpan fail dalam talian dan menggerakan alatan AI daripada chatbot hingga penjana imej, kini semakin banyak dibina di seluruh dunia. Sektor ini turut berkembang dengan begitu pesat khususnya di Asia.

Microsoft pada Mac mengumumkan pelaburan lebih AS$1 bilion dalam infrastruktur dan operasi pusat data AI dan cloud di Thailand untuk tempoh dua tahun akan datang.

Pengumuman itu dibuat selepas Google pada Januari melancarkan “cloud region” baharu di Bangkok, dengan pusat data dijangka menyumbang lebih AS$40 bilion kepada Thailand dalam tempoh lima tahun.

Namun, terdapat kebimbangan di Thailand bahawa ketiadaan peraturan yang jelas sehingga kini telah menyebabkan pusat data dibangunkan tanpa pertimbangan atau kawal selia yang sewajarnya.

Pada Khamis, Kementerian Tenaga Thailand membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah pusat data di Bangkok yang menurutnya menyimpan 200,000 liter diesel dalam tangki bawah tanah tanpa kebenaran.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, berkata ibu negara itu menerima enam permohonan untuk membina pusat data. Tiga daripadanya telah beroperasi sejak 2022, manakala tiga lagi dihentikan sementara menunggu semakan. – AFP

{suggest}

The post Thailand Bakal Perketat Peraturan Pusat Data AI appeared first on WISER.MY.

]]>
386146
Anker Innovations Satukan 5 Jenama Di Bawah Satu Nama https://wiser.my/anker-innovations-satukan-5-jenama-di-bawah-satu-nama Fri, 04 Sep 2026 11:51:47 +0000 https://wiser.my/?p=386134 Anker Innovations mengumumkan penyatuan lima jenamanya di bawah satu nama, iaitu Anker, hampir 15 tahun selepas syarikat itu memperkenalkan produk bateri pertamanya. Sebelum ini, Anker digunakan untuk produk pengecasan, eufy untuk rumah pintar, soundcore untuk audio, SOLIX untuk tenaga dan eufyMake untuk alat kreatif. Selepas penyatuan ini, kesemua jenama ini akan beralih kepada nama Anker...

The post Anker Innovations Satukan 5 Jenama Di Bawah Satu Nama appeared first on WISER.MY.

]]>
Anker Innovations mengumumkan penyatuan lima jenamanya di bawah satu nama, iaitu Anker, hampir 15 tahun selepas syarikat itu memperkenalkan produk bateri pertamanya.

Sebelum ini, Anker digunakan untuk produk pengecasan, eufy untuk rumah pintar, soundcore untuk audio, SOLIX untuk tenaga dan eufyMake untuk alat kreatif. Selepas penyatuan ini, kesemua jenama ini akan beralih kepada nama Anker secara berperingkat.

Syarikat berkata langkah itu dibuat ketika AI, robotik, pengkomputeran setempat dan teknologi yang saling berkait semakin merapatkan teknologi yang sebelum ini berasingan, menjadikan sempadan antara kategori produk semakin kabur.

Portfolionya akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Anker For You untuk pengecasan, audio, kesihatan peribadi dan alat kreatif, serta Anker For Home yang merangkumi produk rumah pintar, termasuk keselamatan dan robotik.

Perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan produk baharu terlebih dahulu menggunakan jenama Anker, manakala produk sedia ada akan beralih kepada nama tersebut dari semasa ke semasa. Waranti, sokongan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan kekal tidak berubah.

Dalam perkembangan produk terbaharu, Anker turut memperluaskan penggunaan cip AI THUS, yang diperkenalkan pada Mei lalu sebagai cip Neural-Net Compute-in-Memory untuk pemprosesan AI pada peranti. Cip itu kini digunakan dalam rangkaian fon kepala dan fon telinga baharu, termasuk soundcore AeroClip 2 Pro, AeroClip 2, Space 2 Pro dan Liberty Buds 2.

Bagi pengecasan, Anker memperkenalkan MagGo Power Bank 2 Pro dengan pengecasan magnetik Qi2.2 25W serta kipas penyejuk terbina. Nano Charger pula menyokong pengecasan sehingga 45W dan dilengkapi paparan yang menunjukkan maklumat seperti kuasa, tahap bateri dan suhu.

Untuk kategori rumah pintar, Anker MindBase diperkenalkan sebagai hab AI setempat yang menghubungkan peranti rumah, serta menjalankan pemprosesan AI dan menyimpan data isi rumah secara lokal.

Produk pertama berasaskan MindBase ialah Anker MindBase Security Kit. Anker juga akan memperkenalkan eufy TrackLight Cam S1, Video Doorbell S4 dan Window Camera E10. MindBase direka untuk berfungsi dengan pelbagai kamera dan peranti keselamatan Anker eufy sedia ada. Bagi pengguna HomeBase S380, rakaman sedia ada boleh dipindahkan ke hab MindBase baharu.

Anker MindBase Security Kit akan dilancarkan lewat tahun ini, dengan harga akan diumumkan kemudian.

Dalam pada itu, Anker turut mengumumkan kemasukannya ke dalam bidang kesihatan pendengaran menerusi pembangunan alat bantu pendengaran yang menggunakan cip AI THUS. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Anker di Malaysia

Di Malaysia, produk baharu yang diperkenalkan di IFA akan mula dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Anker Malaysia juga akan mengadakan pelancaran jenama rasmi di Sunway Pyramid pada pertengahan Oktober, termasuk memperkenalkan strategi jenama baharu untuk pasaran tempatan dan meraikan pembukaan butik baharunya.

{suggest}

The post Anker Innovations Satukan 5 Jenama Di Bawah Satu Nama appeared first on WISER.MY.

]]>
386134
Xiaomi 18 Fold Diperlihatkan Di IFA 2026 – Peranti Pertama Dengan XRING O3, Bakal Dilancar 7 September https://wiser.my/xiaomi-18-fold-diperlihatkan-di-ifa-2026-peranti-pertama-dengan-xring-o3-bakal-dilancar-7-september Fri, 04 Sep 2026 04:10:47 +0000 https://wiser.my/?p=386115 Xiaomi nampaknya tidak mahu menunggu lebih lama untuk memperlihatkan peranti boleh lipat terbaharunya. Di IFA 2026, syarikat itu buat pertama kalinya mempamerkan Xiaomi 18 Fold bersama cip baharu XRING O3, hanya beberapa hari sebelum pelancaran rasminya di China pada 7 September. Pelancaran pada 7 September ini turut menarik perhatian kerana berlangsung beberapa hari sebelum acara...

The post Xiaomi 18 Fold Diperlihatkan Di IFA 2026 – Peranti Pertama Dengan XRING O3, Bakal Dilancar 7 September appeared first on WISER.MY.

]]>
Xiaomi nampaknya tidak mahu menunggu lebih lama untuk memperlihatkan peranti boleh lipat terbaharunya. Di IFA 2026, syarikat itu buat pertama kalinya mempamerkan Xiaomi 18 Fold bersama cip baharu XRING O3, hanya beberapa hari sebelum pelancaran rasminya di China pada 7 September.

Foto: CEO Xiaomi, Lei Jun

Pelancaran pada 7 September ini turut menarik perhatian kerana berlangsung beberapa hari sebelum acara Apple pada 10 September, yang dijangka menjadi tumpuan industri, termasuk spekulasi mengenai iPhone boleh lipat.

Dari segi reka bentuk, Xiaomi 18 Fold hadir sebagai telefon lipat gaya buku (book-style) dengan bentuk “mid-fold”.

Setakat ini, Xiaomi telah mengesahkan Xiaomi 18 Fold akan menjadi telefon flagship pertama menggunakan cip XRING O3, yang dibangunkan dengan fokus pada keupayaan AI dan menggunakan proses pembuatan 3nm, selain mempunyai saiz die 133mm² serta 24 bilion transistor.

XRING O3 hadir dengan CPU 10-teras yang terdiri daripada enam teras ultra-besar dan empat teras besar, dengan kelajuan sehingga 4.35GHz. Xiaomi mendakwa prestasi multi-teras meningkat 60% berbanding XRING O1.

Untuk grafik, cip ini menggunakan GPU G2-Ultra NX 16-teras dengan lapan unit pemprosesan neural NX. Xiaomi mendakwa prestasi GPU meningkat 85%, penggunaan kuasa berkurang 64% dan prestasi ray tracing meningkat sehingga 182% berbanding XRING O1.

XRING O3 juga merupakan cip mudah alih yang menurut Xiaomi pertama dalam industri dengan sokongan LPDDR6, menawarkan lebar jalur memori 113.8GB/s, iaitu 48% lebih tinggi berbanding LPDDR5X 9600.

Bahagian AI pula menggunakan seni bina NPU baharu dengan prestasi sehingga 200 TOPS untuk tensor dan 3.13 TFLOPS untuk vektor. Xiaomi turut mendakwa prestasi AI pada peranti meningkat 45% berbanding pemproses flagship generasi sebelumnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Xiaomi menyatakan XRING akan menjadi sebahagian daripada ekosistem “Human × Car × Home”, dengan cip tersebut dibangunkan untuk menyokong penggunaan AI merentasi telefon, kereta dan peranti rumah pintar.

Foto: CEO Xiaomi, Lei Jun

Buat masa ini, Xiaomi mengesahkan Xiaomi 18 Fold akan dilancarkan di China pada 7 September 2026 dan menjadi peranti pertama yang menggunakan XRING O3. Tarikh pelancarannya untuk pasaran global masih belum diumumkan.

{suggest}

The post Xiaomi 18 Fold Diperlihatkan Di IFA 2026 – Peranti Pertama Dengan XRING O3, Bakal Dilancar 7 September appeared first on WISER.MY.

]]>
386115
Google Lancar Gmail Live, Docs Live Dan Keep Live – Kini Boleh Berinteraksi Guna Suara https://wiser.my/google-lancar-gmail-live-docs-live-dan-keep-live Fri, 04 Sep 2026 03:30:12 +0000 https://wiser.my/?p=386074 Google kini memperluaskan penggunaan AI berasaskan suara ke dalam Gmail, Google Docs dan Google Keep menerusi tiga ciri baharu yang dipanggil Gmail Live, Docs Live dan Keep Live. Ketiga-tiga ciri ini menggunakan model Gemini Audio untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi secara lebih semula jadi menggunakan suara. Antaranya termasuk mencari maklumat dalam peti masuk, menghasilkan...

The post Google Lancar Gmail Live, Docs Live Dan Keep Live – Kini Boleh Berinteraksi Guna Suara appeared first on WISER.MY.

]]>
Google kini memperluaskan penggunaan AI berasaskan suara ke dalam Gmail, Google Docs dan Google Keep menerusi tiga ciri baharu yang dipanggil Gmail Live, Docs Live dan Keep Live.

Ketiga-tiga ciri ini menggunakan model Gemini Audio untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi secara lebih semula jadi menggunakan suara. Antaranya termasuk mencari maklumat dalam peti masuk, menghasilkan draf dokumen serta menukar idea yang disampaikan secara lisan kepada nota yang lebih tersusun.

Dalam Gmail, Gmail Live membolehkan pengguna mencari maklumat dalam peti masuk hanya dengan mengajukan soalan secara perbualan. Sebagai contoh, pengguna boleh bertanya tentang nombor pintu penerbangan atau perkara yang berlaku di sekolah anak, sebelum Gmail Live mengimbas kandungan peti masuk untuk memberikan jawapan.

Bagi Google Docs, Docs Live berfungsi sebagai “rakan berfikir dan penulis bersama” yang membantu menghasilkan draf menggunakan suara. Pengguna boleh menerangkan idea secara terus dan ciri ini akan membantu menyusun idea, membina struktur dokumen serta memperhalusi nadanya.

Dengan kebenaran pengguna, Docs Live juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan daripada Gmail, Google Drive, Google Chat dan web untuk membantu menyediakan dokumen.

Sementara itu, Keep Live memberi tumpuan kepada catatan pantas. Pengguna boleh meluahkan idea atau apa yang terlintas di fikiran secara lisan dan ciri tersebut akan memprosesnya secara latar sebelum menukarkannya kepada nota dan senarai yang lebih tersusun, tanpa perlu menaip.

Ketersediaan

Dari segi ketersediaan, Gmail Live dan Keep Live ditawarkan kepada pelanggan Google AI Plus, Pro dan Ultra, manakala Docs Live tersedia untuk pelanggan Google AI Pro dan Ultra. Google berkata ciri-ciri perbualan baharu ini mula dilancarkan minggu ini dan akan hadir tidak lama lagi kepada pelanggan perniagaan Google Workspace.

{suggest}

The post Google Lancar Gmail Live, Docs Live Dan Keep Live – Kini Boleh Berinteraksi Guna Suara appeared first on WISER.MY.

]]>
386074
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad https://wiser.my/sony-perlihat-pandangan-pertama-alat-kawalan-dualsense-gta-6-edisi-terhad Fri, 04 Sep 2026 02:46:17 +0000 https://wiser.my/?p=386097 Sony Interactive Entertainment (SIE) kini memperlihatkan pandangan pertama DualSense Wireless Controller Limited Edition bertemakan Grand Theft Auto VI (GTA 6), masing-masing hadir dalam kemasan hitam dan putih yang diinspirasikan dengan suasana Vice City. Dikongsikan menerusi acara State of Play, kedua-dua model ini menampilkan kemasan berkilauan yang berubah mengikut cahaya, dengan gabungan warna matahari terbenam di Vice City...

The post Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad appeared first on WISER.MY.

]]>
Sony Interactive Entertainment (SIE) kini memperlihatkan pandangan pertama DualSense Wireless Controller Limited Edition bertemakan Grand Theft Auto VI (GTA 6), masing-masing hadir dalam kemasan hitam dan putih yang diinspirasikan dengan suasana Vice City.

Dikongsikan menerusi acara State of Play, kedua-dua model ini menampilkan kemasan berkilauan yang berubah mengikut cahaya, dengan gabungan warna matahari terbenam di Vice City dan cahaya neon yang sinonim dengan bandar tersebut.

Rekaan kedua-duanya turut dilengkapi perincian pokok palma, dengan tekstur tersebut boleh dirasai ketika dipegang, selain penjenamaan rasmi GTA VI.

Model White Limited Edition menggambarkan suasana Vice City pada waktu siang, termasuk pasir putih, langit berwarna pastel dan gaya santai bandar tersebut. Sementara itu, Black Limited Edition membawa suasana kehidupan malam ikonik Vice City.

Dalam GTA 6, maklum balas haptik (haptic feedback) dan adaptive triggers pada alat kawalan DualSense akan bertindak balas terhadap aksi dalam permainan secara serta-merta serta memberikan rintangan yang berbeza, untuk menghidupkan pengalaman kisah Jason dan Lucia melalui alat kawalan.

Ketersediaan

Kedua-dua alat kawalan ini akan dilancarkan pada 19 November, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran GTA 6, pada harga AS$84.99, ¥12,480, €84.99 atau £74.99.

Prapesan pula akan dibuka mulai 10 September jam 10:00 pagi waktu tempatan di pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Austria, Sepanyol, Itali, Portugal, Belanda, Belgium dan Luxembourg.

Buat masa ini, Sony belum memaklumkan bila atau sama ada alat kawalan ini akan tersedia untuk pasaran Malaysia dan negara Asia Tenggara lain.

{suggest}

The post Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad appeared first on WISER.MY.

]]>
386097
GPT-6 Astra Diperkenalkan, Model Paling Pintar Di Dunia Menurut OpenAI https://wiser.my/gpt-6-astra-diperkenalkan-model-paling-pintar-di-dunia-menurut-openai Fri, 04 Sep 2026 01:44:31 +0000 https://wiser.my/?p=386076 OpenAI kini memperkenalkan GPT-6 Astra sebagai model AI terbaharunya, yang menurut syarikat itu merupakan model paling pintar dan paling selaras di dunia, dengan peningkatan ketara dalam memahami niat pengguna. Dalam pengumumannya, OpenAI berkata Astra menetapkan tahap baharu dalam beberapa bidang termasuk penggunaan komputer, pelayaran web, kejuruteraan perisian, keselamatan siber, sains dan kerja profesional. Berbeza daripada...

The post GPT-6 Astra Diperkenalkan, Model Paling Pintar Di Dunia Menurut OpenAI appeared first on WISER.MY.

]]>
OpenAI kini memperkenalkan GPT-6 Astra sebagai model AI terbaharunya, yang menurut syarikat itu merupakan model paling pintar dan paling selaras di dunia, dengan peningkatan ketara dalam memahami niat pengguna.

Dalam pengumumannya, OpenAI berkata Astra menetapkan tahap baharu dalam beberapa bidang termasuk penggunaan komputer, pelayaran web, kejuruteraan perisian, keselamatan siber, sains dan kerja profesional.

Berbeza daripada model yang sekadar memberikan jawapan, Astra direka untuk menjalankan tugasan secara terus pada komputer, termasuk mengisi borang dalam talian, mengemas kini rekod CRM, mengurus kalendar dan melakukan penyelidikan di web.

Model ini juga boleh menganalisis data saintifik, menghasilkan graf, membina laman web, memeriksa bahagian frontend serta membantu memasang, menguji dan menyelesaikan masalah perisian. Dalam tugasan berbilang langkah, Astra boleh menggunakan komputer dan pelayar web untuk melaksanakan setiap peringkat kerja sehingga tugasan selesai.

Prestasi Astra

Keupayaan tersebut turut disertai peningkatan dari segi kelajuan. Dalam OSWorld 2.0, Astra mencatat 72.6%, berbanding 65.7% untuk GPT-5.6 Sol. OpenAI berkata prestasi itu dicapai dalam kira-kira 40 minit bagi setiap tugasan, berbanding sekitar 75 minit untuk model sebelumnya.

Dalam penanda aras Mind2Web pula, kemas kini pada Codex yang digabungkan dengan kecekapan Astra membolehkan tugasan diselesaikan 1.9 kali lebih pantas berbanding pengalaman GPT-5.6 Sol.

Selain lebih pantas, Astra juga direka untuk mengendalikan tugasan berbilang langkah dengan lebih baik. OpenAI berkata model ini boleh mengekalkan konteks apabila tugasan berkembang atau berubah, memasukkan keperluan baharu dan meminta input apabila keputusan pengguna boleh mengubah hasil tugasan.

Dari segi penaakulan, Astra mencatat 97.6% dalam FrontierMath Tier 4 (v2) dan 99.9% dalam ARC-AGI-3. Ia turut mencapai 57.9% dalam Terminal-Bench 4.0, meletakkannya di hadapan model-model lain yang dibandingkan dalam penilaian tersebut.

Skor 99.9% dalam ARC-AGI-3 turut menarik perhatian kerana penanda aras itu menguji keupayaan model menyelesaikan masalah baharu dan abstrak. Pencapaian itu bukan bermaksud OpenAI secara rasmi mengisytiharkan Astra sebagai AGI.

Bagaimanapun, seperti dilaporkan AFP, Presiden OpenAI Greg Brockman memberikan pandangannya mengenai perkara itu dalam satu panggilan bersama wartawan.

“Tidak salah untuk merasakan bahawa kita kini berada dalam era AGI,” katanya dalam panggilan tersebut, merujuk kepada artificial general intelligence (AGI), iaitu tahap hipotesis apabila sistem AI mampu menyamai keupayaan manusia dalam kebanyakan tugasan.

Keupayaan Siber Astra Jadi Perhatian, OpenAI Perketat Perlindungan

Selain penggunaan komputer, keselamatan siber menjadi antara aspek paling sensitif dalam pelancaran Astra. OpenAI menyatakan model ini merupakan model pertama mereka yang mencapai tahap Kritikal bagi keupayaan keselamatan siber di bawah Preparedness Framework.

Dengan alat dan akses yang sesuai, Astra boleh mengenal pasti serta membangunkan eksploit untuk kerentanan zero-day, termasuk kerentanan yang sebelum ini tidak diketahui. Dalam penilaian OpenAI, Astra mencatat 100% dalam ExploitBench, yang menguji keupayaan model menukar kerentanan perisian yang diketahui kepada eksploit yang berfungsi.

Malah, sepanjang penilaian tersebut, Astra dilaporkan menemui dan menggunakan dua kerentanan zero-day yang sebelum ini tidak diketahui, sebelum OpenAI mendedahkan kedua-duanya kepada penyelenggara. Keupayaan ini boleh membantu pihak pertahanan mengenal pasti dan menampal kelemahan, namun pada masa sama memerlukan perlindungan keselamatan yang lebih ketat bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan.

Seiring dengan itu, OpenAI memperkukuh perlindungan Astra untuk penggunaan berisiko tinggi dan menambah pemantauan misalignment bagi penggunaan yang melibatkan alatan. Sistem ini digunakan untuk membantu mengesan tingkah laku model yang menyimpang daripada arahan atau skop yang dibenarkan.

OpenAI juga membangunkan penilaian baharu yang diinspirasikan oleh insiden Hugging Face bagi menguji sama ada model akan melangkaui skop yang ditetapkan apabila berdepan tugasan yang sukar atau mustahil dilaksanakan. Dalam penilaian itu, GPT-5.6 Sol tanpa perlindungan produksi melangkaui sasaran yang dibenarkan dalam 48% kes, manakala GPT-6 Astra melakukannya dalam 0% kes.

Ketersediaan

GPT-6 Astra mula dilancarkan kepada sebahagian organisasi terpilih sebelum diperluaskan dalam beberapa hari berikutnya kepada semua pengguna ChatGPT Plus, Pro, Business dan Enterprise.

Penggunaan Astra termasuk dalam kuota penggunaan sedia ada setiap pelan, dengan kredit tambahan boleh dibeli untuk penggunaan melebihi had tersebut. Bagi pelanggan Enterprise, pentadbir boleh mengaktifkan Astra untuk ruang kerja masing-masing, tetapi akses tersebut dimatikan secara default ketika pelancaran.

Ia turut tersedia melalui OpenAI API dan Amazon Bedrock. Harga standard ditetapkan pada AS$10 bagi setiap 1 juta token input dan AS$50 bagi setiap 1 juta token output, manakala kadar berasingan dikenakan untuk bacaan dan penulisan cache. Fast mode juga tersedia untuk Astra dalam API, yang menawarkan kelajuan sehingga 2 kali ganda berbanding pemprosesan standard, pada 2 kali ganda harga standard.

{suggest}

The post GPT-6 Astra Diperkenalkan, Model Paling Pintar Di Dunia Menurut OpenAI appeared first on WISER.MY.

]]>
386076
XBOX Cloud Gaming Dalam Game Pass Akan Dihadkan Mengikut Jam Bulanan Mulai November https://wiser.my/xbox-cloud-gaming-dalam-game-pass-akan-mempunyai-had-masa-mulai-november Fri, 04 Sep 2026 00:13:03 +0000 https://wiser.my/?p=386075 Microsoft bakal mengubah cara XBOX Cloud Gaming disertakan dalam langganan Game Pass mulai November, apabila setiap pelan akan diberikan had masa gaming cloud setiap bulan. Untuk pelanggan Game Pass Ultimate, had tersebut ditetapkan pada 15 jam sebulan. Pelan Game Pass Premium pula mendapat 10 jam, manakala Game Pass Essential menyediakan 5 jam sebulan. Ketika ini, pelanggan...

The post XBOX Cloud Gaming Dalam Game Pass Akan Dihadkan Mengikut Jam Bulanan Mulai November appeared first on WISER.MY.

]]>
Microsoft bakal mengubah cara XBOX Cloud Gaming disertakan dalam langganan Game Pass mulai November, apabila setiap pelan akan diberikan had masa gaming cloud setiap bulan.

Untuk pelanggan Game Pass Ultimate, had tersebut ditetapkan pada 15 jam sebulan. Pelan Game Pass Premium pula mendapat 10 jam, manakala Game Pass Essential menyediakan 5 jam sebulan.

Ketika ini, pelanggan Game Pass yang layak masih boleh melakukan penstriman tanpa had jam bulanan tersebut. Microsoft menjangkakan perubahan tersebut akan memberi kesan kepada sekitar 4% daripada keseluruhan pelanggan Game Pass.

Bagi pengguna yang kerap menggunakan cloud gaming, perubahan ini bermakna mereka akan mempunyai masa bermain yang lebih terhad setiap bulan berdasarkan pelan Game Pass masing-masing.

Selepas jam yang diperuntukkan habis digunakan, pelanggan boleh membeli masa bermain melalui awan (cloud playtime) tambahan melalui XBOX Store. Bagaimanapun, Microsoft masih belum mendedahkan harga atau pilihan pembelian yang akan ditawarkan.

Dalam masa yang sama, Microsoft akan membuka XBOX Cloud Gaming kepada pengguna yang tidak melanggan Game Pass mulai November. Pengguna boleh membeli cloud playtime melalui XBOX Store dan menstrim permainan yang mereka miliki, selagi permainan berkenaan layak dan peranti yang digunakan disokong.

Pilihan ini memberikan alternatif kepada pengguna yang hanya mahu menggunakan cloud gaming sekali-sekala tanpa melanggan Game Pass. Ia juga membolehkan pemilik XBOX One memainkan permainan yang tersedia untuk XBOX Series X|S melalui cloud tanpa perlu menaik taraf konsol terlebih dahulu.

Microsoft berkata perubahan ini dibuat kerana kos menyediakan cloud gaming meningkat apabila lebih ramai pengguna menggunakannya dan bermain untuk tempoh yang lebih lama. Menurut syarikat itu, pendekatan had bulanan ini membolehkannya terus menawarkan perkhidmatan tersebut sambil meneruskan pelaburan terhadap kebolehpercayaan dan prestasinya.

Maklumat lanjut mengenai harga, pembelian jam tambahan, permainan yang layak, ketersediaan mengikut pasaran serta cara menyemak baki masa akan dikongsikan sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.

{suggest}

The post XBOX Cloud Gaming Dalam Game Pass Akan Dihadkan Mengikut Jam Bulanan Mulai November appeared first on WISER.MY.

]]>
386075
NVIDIA Sahkan Bakal Ambil Alih Hugging Face Pada Nilai AS$12.93 Bilion https://wiser.my/nvidia-sahkan-bakal-ambil-alih-hugging-face-pada-nilai-as12-93-bilion Thu, 03 Sep 2026 13:26:15 +0000 https://wiser.my/?p=386068 Bukan lagi khabar angin, NVIDIA kini mengesahkan pihaknya telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Hugging Face pada nilai AS$12.93 bilion (~RM52.28 bilion), dalam satu langkah yang akan menggabungkan syarikat cip AI itu dengan platform yang menjadi antara hab utama komuniti pembangun model AI terbuka. NVIDIA berkata pengambilalihan ini akan membantu meningkatkan skala platform Hugging Face,...

The post NVIDIA Sahkan Bakal Ambil Alih Hugging Face Pada Nilai AS$12.93 Bilion appeared first on WISER.MY.

]]>
Bukan lagi khabar angin, NVIDIA kini mengesahkan pihaknya telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Hugging Face pada nilai AS$12.93 bilion (~RM52.28 bilion), dalam satu langkah yang akan menggabungkan syarikat cip AI itu dengan platform yang menjadi antara hab utama komuniti pembangun model AI terbuka.

NVIDIA berkata pengambilalihan ini akan membantu meningkatkan skala platform Hugging Face, mengukuhkan infrastrukturnya dan memperluaskan akses kepada AI untuk pembangun serta institusi di seluruh dunia.

Hugging Face merupakan antara platform utama untuk pembangun berkongsi, mencari dan menggunakan model AI terbuka. Platform itu kini mempunyai lebih 18 juta pembangun, lebih tiga juta model, 500,000 set data dan satu juta aplikasi. Lebih 200,000 syarikat turut menggunakan platform tersebut untuk menemui, menilai, menyesuaikan dan menggunakan AI.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, Hugging Face akan kekal sebagai platform terbuka untuk seluruh ekosistem AI. Pembangun masih bebas memilih model, rangka kerja, penyedia awan, perkhidmatan inferens dan platform pengkomputeran yang sesuai dengan keperluan mereka.

NVIDIA turut menegaskan penggunaan perkakasan pengkomputeran NVIDIA tidak diwajibkan untuk membina atau menjalankan model melalui Hugging Face.

Sementara itu, Hugging Face akan terus menyokong model sumber terbuka dan model open weight daripada seluruh ekosistem, termasuk daripada pelbagai pembangun model. Platform itu juga akan terus menyokong pembangunan dan penggunaan merentas pelbagai jenis accelerator dan platform awan, membolehkan pembangun menggunakan perkakasan serta infrastruktur yang paling sesuai dengan tugasan mereka.

Jumlah repositori NVIDIA di Hugging Face menunjukkan peningkatan sepanjang 2025 hingga Ogos 2026. Sumber: Hugging Face / AI World.

Dalam masa yang sama, NVIDIA turut mempunyai komitmen terhadap pembangunan model terbuka. Huang berkata NVIDIA telah menerbitkan lebih 500 model dan lebih 250 set data terbuka di Hugging Face. NVIDIA sebelum ini turut menyatakan bahawa model open weight, data dan alat terbuka dapat membantu meluaskan akses kepada AI.

{suggest}

The post NVIDIA Sahkan Bakal Ambil Alih Hugging Face Pada Nilai AS$12.93 Bilion appeared first on WISER.MY.

]]>
386068
vivo V80 Lite 5G Tiba Di Malaysia – Bateri 10,000mAh, Harga Bermula RM1,499 https://wiser.my/vivo-v80-lite-5g-tiba-di-malaysia-bateri-10000mah-harga-bermula-rm1499 Thu, 03 Sep 2026 11:37:36 +0000 https://wiser.my/?p=386044 vivo Malaysia secara rasmi melancarkan vivo V80 Lite 5G di Malaysia, dengan tarikan utama pada bateri berkapasiti 10,000mAh. vivo V80 Lite 5G menjadi model pertama dalam siri V yang hadir dengan bateri 10,000mAh. Bateri BlueVolt itu menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging, dengan vivo mendakwa ia mampu menawarkan sehingga 16...

The post vivo V80 Lite 5G Tiba Di Malaysia – Bateri 10,000mAh, Harga Bermula RM1,499 appeared first on WISER.MY.

]]>
vivo Malaysia secara rasmi melancarkan vivo V80 Lite 5G di Malaysia, dengan tarikan utama pada bateri berkapasiti 10,000mAh.

vivo V80 Lite 5G menjadi model pertama dalam siri V yang hadir dengan bateri 10,000mAh. Bateri BlueVolt itu menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging, dengan vivo mendakwa ia mampu menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif dalam satu pengecasan.

Ketahanan baterinya turut mendapat pengiktirafan di peringkat global apabila V80 Lite 5G mencatat GUINNESS WORLD RECORDS bagi Longest Electronic Product Testing Livestream, selepas ujian tersebut berlangsung selama 32 jam 37 minit.

Peranti ini turut direka untuk kegunaan dalam cuaca panas di Malaysia, dengan sokongan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45°C. Ia dilengkapi sistem penyejukan 3.8K Ultra Large VC Cooling System bagi membantu mengawal suhu peranti ketika digunakan dalam tempoh yang lama atau untuk tugasan berprestasi tinggi.

Ciri Battery Life Extender memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya 1%. Sementara itu, Reverse Charging membolehkan telefon ini mengecas peranti lain, termasuk fon telinga TWS ketika dalam perjalanan.

Pada bahagian hadapan, V80 Lite 5G dilengkapi skrin 1.5K OLED 6.83-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan 1.07 bilion warna dan kecerahan sehingga 2,000 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo yang dipertingkatkan dengan Algoritma VEQ bagi menghasilkan bass yang lebih dalam.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Dimensity 7300e bersama konfigurasi sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.1.

Beralih ke bahagian kamera, V80 Lite 5G menggunakan kamera swafoto 32MP, manakala kamera belakang menggunakan tetapan 50MP+2MP. Ciri Check-In Watermark boleh menambah maklumat masa dan lokasi pada gambar secara automatik, sementara AI Erase digunakan untuk membuang individu atau pantulan yang tidak diingini daripada foto.

Dari segi ketahanan, vivo V80 Lite 5G telah melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan dan direka untuk tahan jatuh dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet serta sehingga satu meter di atas pelbagai permukaan keras.

Dengan penarafan IP68 dan IP69, peranti ini mampu bertahan dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit, hujan lebat berterusan selama 24 jam, kitaran mesin basuh serta pendedahan kepada 27 jenis cecair harian. Sokongan IP6X pula memberikan perlindungan daripada habuk, sementara skrin sentuhnya juga kekal responsif ketika digunakan dengan tangan yang basah atau berminyak.

Sebagai ciri tambahan, V80 Lite 5G akan mula memperkenalkan teknologi Extended RAM mulai 24 September 2026 melalui pengoptimuman perisian. Tiga pilihan warna disediakan, iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.

Harga dan Ketersediaan

vivo V80 Lite 5G ditawarkan di Malaysia dengan harga berikut:

  • 6GB + 128GB: RM1,499
  • 6GB + 256GB: RM1,799
  • 8GB + 256GB: RM1,999

Tempahan awal dibuka sehingga 11 September 2026 di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian.

Pembeli tempahan awal boleh menerima hadiah bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder. Turut disertakan manfaat vivo Care seperti waranti bateri empat tahun, waranti lanjutan 365 hari dan perlindungan penutup belakang selama satu tahun.

Pembelian secara ansuran pula ditawarkan serendah RM124.92 sebulan untuk 12 bulan pada kadar faedah 0%, selain penjimatan sehingga RM150 melalui SPayLater dan rebat tambahan RM100 melalui pelan ansuran bank.

{suggest}

The post vivo V80 Lite 5G Tiba Di Malaysia – Bateri 10,000mAh, Harga Bermula RM1,499 appeared first on WISER.MY.

]]>
386044
DJI Osmo 360 II Kini Rasmi – Rakaman 360° 8K60fps, Sensor HDR 1″, Harga Bermula RM2,189 https://wiser.my/dji-osmo-360-ii-kini-rasmi-rakaman-360-8k60fps-sensor-hdr-1-harga-bermula-rm2189 Thu, 03 Sep 2026 08:58:57 +0000 https://wiser.my/?p=386018 DJI kini memperkenalkan DJI Osmo 360 II di Malaysia, kamera 360° generasi baharu yang menawarkan rakaman 8K/60fps, sensor HDR 1 inci serta AI SuperNight 2.0 untuk rakaman dalam keadaan cahaya rendah. Osmo 360 II hadir dengan sensor HDR 1-inci berbentuk segi empat, yang menurut DJI meningkatkan penggunaan sensor sebanyak 25%, serta mengurangkan penggunaan kuasa. Sensor...

The post DJI Osmo 360 II Kini Rasmi – Rakaman 360° 8K60fps, Sensor HDR 1″, Harga Bermula RM2,189 appeared first on WISER.MY.

]]>
DJI kini memperkenalkan DJI Osmo 360 II di Malaysia, kamera 360° generasi baharu yang menawarkan rakaman 8K/60fps, sensor HDR 1 inci serta AI SuperNight 2.0 untuk rakaman dalam keadaan cahaya rendah.

Osmo 360 II hadir dengan sensor HDR 1-inci berbentuk segi empat, yang menurut DJI meningkatkan penggunaan sensor sebanyak 25%, serta mengurangkan penggunaan kuasa. Sensor ini turut menawarkan julat dinamik sehingga 14.5 stop, manakala piksel bersaiz 2.4μm membantu menghasilkan rakaman aksi yang lebih jelas dengan kurang kabur akibat pergerakan.

Untuk rakaman 360°, Osmo 360 II menyokong resolusi 8K/60fps, manakala AI SuperNight 2.0 membantu menghasilkan rakaman yang lebih terang dan bersih dalam keadaan cahaya rendah.

Dalam penggunaan harian, Osmo 360 II boleh dipasang pada motosikal dan dikawal menggunakan arahan suara atau gerak isyarat. Ia juga boleh digunakan untuk rakaman bawah air sehingga 10 meter tanpa sarung tambahan, manakala penggunaan sarung kalis air membolehkannya dibawa sehingga 50 meter. Kamera ini turut menyokong penggunaan pada suhu serendah -20°C.

Bagi pencipta kandungan, DJI menyediakan fungsi seperti foto HDR 360° 120MP, timelapse 360° sehingga 16K dan Vortex 8K/120fps. Mod 64x Pano Slow Motion pula menggunakan interpolasi bingkai berasaskan AI dalam DJI Studio. Semua format video turut menyokong warna 10-bit dan D-Log M.

Dari segi pengendalian, fungsi Spotlight Follow boleh mengekalkan subjek utama di tengah bingkai walaupun kamera berpusing. Sambungan NFC pula memudahkan kamera disambungkan ke aplikasi DJI Mimo untuk memindahkan rakaman atau mengakses fungsi penyuntingan.

Osmo 360 II mempunyai berat 183 gram dengan storan terbina 105GB. Kedua-dua kanta dilengkapi lapisan pelindung yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap calar dan kehausan, selain boleh diganti sekiranya rosak.

Baterinya pula mampu merakam sehingga 100 minit pada 8K/30fps, manakala pengecasan sehingga 80% mengambil masa sekitar 22 minit. Tempoh operasi boleh dilanjutkan sehingga 180 minit menggunakan Battery Extension Rod.

Untuk audio, kamera ini mempunyai empat mikrofon terbina dengan sistem pengurangan hingar angin dan menyokong sambungan terus kepada beberapa mikrofon DJI melalui OsmoAudio, termasuk DJI Mic 3, DJI Mic 2 dan siri DJI Mic Mini.

Harga dan Ketersediaan

DJI Osmo 360 II ditawarkan di Malaysia dalam tiga pilihan, iaitu Standard Combo pada RM2,189, Limitless Riding Combo (Essential Combo) RM2,299 serta Adventure Combo yang berharga RM2,629.

Dalam tempoh promosi pelancaran, pelanggan yang membeli dan mengaktifkan produk DJI Osmo 360 II Series yang layak antara 2 hingga 30 September 2026 akan menerima DJI Care Refresh 1 Tahun secara percuma. Pelan tersebut menawarkan perlindungan terhadap kerosakan akibat kemalangan termasuk kerosakan air, pelanggaran dan kehausan biasa, tertakluk kepada terma yang ditetapkan DJI.

{suggest}

The post DJI Osmo 360 II Kini Rasmi – Rakaman 360° 8K60fps, Sensor HDR 1″, Harga Bermula RM2,189 appeared first on WISER.MY.

]]>
386018