Berinteraksi Dan Jangan Jadi Penonton-Facebook

Tujuan asal Facebook adalah mendekatkan semua orang di dunia di dalam satu platform namun sejak kebelakangan ini, mereka dihujani kritikan demi kritikan dari pelbagai pihak.

Antara kritikan tersebut adalah sosial media boleh menjadi punca keretakan masyarakat.

Minggu lepas, Facebook mengakui yang sosial media boleh membawa kesan buruk kepada seseorang- jika mereka hanya menjadi 'penonton' dan bukan turut sama berinteraksi bersama.



Dalam satu kajian oleh Universiti Michigan, pelajar secara rawak dipilih untuk menggunakan Facebook untuk tempoh 10 minit. Didapati pelajar yang hanya melihat segala aktiviti di Facebook lebih merasa mood yang tidak sihat berbanding mereka yang menggunakannya untuk berinteraksi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Facebook mempunyai hampir 2 bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia dan mereka berusaha membuatkan platform sosial media itu lebih interaktif dari hanya membiarkan pengguna menghabiskan masa tanpa berbuat apa-apa.



Facebook telah memperkenalkan fungsi 'snooze' untuk pengguna mereka yang membolehkan mereka untuk tidak mengikuti seseorang, page, atau kumpulan untuk 30 hari.

Sumber