Berhati-Hati Dengan Aplikasi Yang Boleh Mengambil Maklumat Penting Anda

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menguruskan AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) dan juga pemegang amanah, AmanahRaya Trustee Berhad telah mengumumkan mereka tidak pernah mewujudkan aplikasi di telefon pintar bagi kemudahan pelanggan mereka.



Aplikasi yang diberi nama "ASB PNB ASNB" boleh didapati di Google Play Store dan menawarkan servis penyemakan baki akaun pengguna mereka telah mendapat penarafan 3.3 bintang di Play Store. Aplikasi tersebut dibangunkan oleh LIFE ENERGY Technologies, juga telah membangunkan beberapa aplikasi lain. Tidak dapat dipastikan samada aplikasi lain yang dibangunkan juga sah dan merupakan aplikasi rasmi yang digunakan oleh organisasi tersebut.





Aplikasi yang tidak sah di Google Play Store dan Apple Store boleh meminta maklumat sensitif seperti nama log masuk dan juga kata laluan yang boleh digunakan