Laporan itu mendedahkan pembekal Genius Electronic Optical telah menemui masalah tersebut dengan keretakan pada lapisan lensa kamera sudut lebar yang direka untuk model iPhone 12 bagi saiz 5.4 inci dan 6.1 inci.
Masalah itu dikatakan muncul ketika ujian suhu tinggi / kelembapan tinggi (HTHH) dilakukan. Ia mengakibatkan kelewatan Genius untuk membekalkan komponen tersebut kepada pihak Apple. Sementara, pembekal lensa Largan dilaporkan tidak berhadapan dengan sebarang isu kualiti.
Walaupun isu lensa kamera itu dapat diselesaikan, Genius mungkin perlu mengurangkan harganya sekitar 30% sebagai insentif untuk memastikan ia tidak kehilangan saham syarikat.
Terdahulu, Apple telah mengesahkan pelancaran siri iPhone 12 mungkin akan menghadapi kelewatan beberapa minggu dengan pelancaran secara berperingkat dimana kedua-dua model 6.1 inci mungkin akan tiba terlebih dahulu. Manakala, model 5.4 inci dan 6.7 inci akan dilancarkan selepas itu.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal
- EU Tetapkan iPhone Perlu Beralih Kepada USB-C Sebelum Tarikh Ini
- Harga Jualan Huawei Mate40 Pro Di Malaysia Adalah RM4299, Boleh Dibeli Mulai 12 Disember
- Tidak Sertakan Pengecas, Apple Diarah Hentikan Jualan iPhone Di Brazil
- iPhone Mungkin Tidak Perlukan Sarung Pelindung Pada Masa Depan
- Spesifikasi Peranti Kelas Pertengahan OPPO A92s Didedahkan, Gunakan Paparan 120Hz
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk iPhone Dengan iOS 9
- Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14
- iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya
- Apple Didakwa 'Bermain Dengan Api' Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini