Payments Network Malaysia (PayNet) telah bekerjasama dengan Shell untuk membolehkan pelanggan membuat pembayaran lebih mudah menggunakan kad MyDebit.
Bermula 19 Mac 2025 lalu, pelanggan kini boleh menggunakan kad ATM MyDebit mereka untuk pembelian minyak dan di kedai Shell Select di lebih 1,000 stesen Shell seluruh Malaysia.
Ini menjadikan Shell peruncit mobiliti terbesar yang menerima MyDebit di Malaysia
Kempen Ganjaran Raya Lebih Jauh dengan Shell FuelSave
Sebagai sambutan kerjasama ini, Shell dan PayNet melancarkan kempen ‘Ganjaran Raya Lebih Jauh’, dari 22 Mac hingga 9 Mei 2025.
Pelanggan yang berbelanja minimum RM50 untuk bahan api atau RM10 di Shell Select berpeluang memenangi hadiah menarik setiap minggu. Peserta boleh mengumpul sehingga 5 penyertaan.
Hadiah Mingguan (102 pemenang/minggu) termasuk:
- Motosikal Honda RS150R
- 1,000,000 mata BonusLink
- Baucar minyak Shell RM200
Hadiah Utama:
- Suzuki Jimny AllGrip Pro 4×4 (Petrol)
- Ford Ranger 2.0L XL 4WD (Diesel)
Kempen ini bukan sahaja meraikan musim perayaan, tetapi juga menyokong usaha jangka panjang Shell melalui inisiatif ‘Kembara Lebih Jauh’ yang meraikan perjalanan bermakna dan ganjaran buat pelanggan sepanjang tahun.
Kerjasama ini turut memperkukuhkan usaha Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai yang lebih inklusif, mudah, dan selamat.
{suggest}
Sumber: Siaran media PayNet