Berbasikal Kini Lebih Selamat Dengan Helmet Keluaran Lumo







Berbasikal di
jalan raya amat berbahaya lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lumo, sebuah
syarikat pengeluar kelengkapan berbasikal tampil dengan sebuah helmet yang
dilengkapi dengan lampu brek automatik. Ia bukan sahaja melindungi kepala malah
pengguna jalan raya yang lain dapat melihat penunggang basikal dengan lebih
jelas.





Pada bahagian
belakang helmet tersebut terdapat lampu brek yang berfungsi secara automatik. Terdapat
pengesan pecutan yang dipasang didalam helmet tersebut yang akan mengesan
samada penunggang menekan brek atau tidak. Apabila brek ditekan lampu tersebut
akan mengeluarkan cahaya sama seperti kenderaan yang lain.





Tidak cukup
dengan itu, helmet tersebut juga mempunyai lampu signal dikawal oleh alat yang
dipasang pada pemegang basikal. Penunggang cuma perlu menekan butang ketika
mahu membelok dan lampu signal akan menyala mengikut arah yang ingin dituju.
Ya, sama seperti sebuah motosikal. Helmet tersebut dijangka di jual dengan
harga RM380. Tidak salah berbelanja lebih demi keselamatan anda ketika
berbasikal.

















Sumber: Stuff
Malaysia

Berkaitan