Kehangatan iPhone 13 kian terasa dimana bermula pada 1 Oktober 2021, telefon pintar generasi baru dari Apple itu boleh di pra-tempah. Bagi yang menuruti dari awal, mungkin sudah tahu setiap penjuru tawaran yang diberikan Apple pada keluarga iPhone 13 ini.
Sekali pintas, ada yang anggap iPhone 13 hanya tukar kedudukan kamera belakang sahaja. Membuatkan segelintir daripada kita ragu-ragu, sama ada mahu bertukar kepada iPhone 13 atau tidak.
Berbaloi ke tak? Tiada jawapan mudah dan sesuai untuk setiap orang. Setiap pembelian bergantung kepada poket, keperluan, dan kehendak masing-masing. Memandangkan masih ramai yang masih menggunakan iPhone model lama, apa kata kita pecahkan ia kepada kelompok tersebut dan rungkaikan secara ringkas, berbaloi atau tidak.
Dari siri iPhone 12 Kepada siri iPhone 13?
Terdapat beberapa persamaan antara keduanya, contoh seperti skrin OLED 6.1 inci, sokongan 5G, aksesori MagSafe. Itu secara asasnya.
iPhone 12 masih lagi sebuah model yang terbaik dan harganya juga telah diturunkan. Walaupun estetiknya kelihatan sama, tetapi bila diselami lebih lanjut, rekaan takuk iPhone 13 adalah lebih kecil dan menurut Apple, kecerahannya adalah 28% lebih terang berbanding model terdahulu.
Terdapat juga tawaran warna baharu seperti Pink untuk iPhone 13 dan Sierra Blue bagi iPhone 13 Pro. Namun ini bukanlah faktor utama, tak rasa semua mahu bertukar hanya kerana warna.
Namun kalau anda seseorang yang kerap merakam video, salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan adalah keupayaan kamera. Kesemua barisan iPhone 13 dilengkapi dengan mode Cinematic.
Mudah kata, ia secara automatik mengubah-ubah fokus terhadap setiap subjek seakan-akan rakaman dalam filem. Ini semua digapai melalui penggunaan cip A15 Bionic.
Cahaya lebih banyak dibenarkan masuk pada kamera lebar pada iPhone 13 dan 13 Mini, menjadikan penghasilan gambar lebih baik. Kedua-duanya juga membawakan teknologi ciri penstabil imej yang ada pada iPhone 12 Pro Max.
Tetapi kalau mahukan lebih lagi tambah baik, ia ada pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Mod malam berfungsi pada ketiga-tiga kamera belakang. Menariknya juga bagi model ‘Pro’ ia boleh lakukan rakaman makro pada jarak 2cm.
Dua generasi iaitu iPhone 12 dan iPhone 13 lebih kurang sama pada bahagian kamera kecuali pada kemampuan baru yang disebutkan diatas.
Tukar jika anda rasakan kapasiti bateri itu penting. Cip A15 Bionic bukan mampu memproses lebih pantas tetapi berupaya memberikan lebih nyawa kepada barisan iPhone 13. Bagi mudah faham, iPhone 13 bagi 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12, iPhone 13 Mini mampu bertahan 1.5 jam lebih lama dari iPhone 12 Mini.
Bagi iPhone 13 Pro pula ia dapat 1.5 jam lebih lama dari iPhone 12 Pro dan iPhone 13 Pro Max ada ekstra 2.5 jam dari model sebelumnya. Tiada lagi variasi memori 64GB untuk keluarga iPhone 13 kali ini tetapi datang pula kapasiti baru iaitu 512GB untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Mini.
Tidak dilupakan juga ciri ProMotion. Kadar segar semula dilaras secara dinamik dari 10Hz ke 120Hz bergantung kepada apa yang dipaparkan pada skrin. Tetapi ia hanya terhad kepada variasi iPhone 13 Pro sahaja.
Disini kita boleh simpulkan, iPhone 12 masih lagi sebuah telefon berbaloi tetapi lebih berbaloi untuk memiliki iPhone 13 kepada mereka yang mencari kelebihan yang disebutkan diatas.
Dari siri iPhone 11 kepada siri iPhone 13
Siri baru menjangkau usia dua tahun. Secara teori dan praktikal, ia masih lagi berjalan dan berfungsi dengan baik untuk kebanyakan pengguna. Tetapi pengguna siri ini ketinggalan dua fungsi besar seperti kemampuan kamera dan sokongan 5G.
Kamera siri iPhone 11 tidaklah teruk, ia masih lagi layak dikongsikan terus ke media sosial tetapi bagi yang mahukan kualiti ekstra, iPhone 13 ada jawapannya. Terutama sekali pada video. Kita ulang sekali lagi, mod Cinematic dan juga kelebihan yang dibawakan sejak iPhone 12 seperti video time lapse pada Night Mode serta rakaman Vision HDR. Kamera utama turut mempunyai Photographic Styles, penstabilan imej pada sensor serta sensor yang mampu membenarkan lebih cahaya masuk.
Tiadanya sokongan 5G. Bukan masalah besar untuk setiap orang kerana Malaysia belum lagi mengkomersialkan rangkaian ini. Tetapi, tidak salah untuk kita bersiap sedia lebih awal kerana rata-rata daripada pengguna iPhone menggunakan peranti untuk tempoh panjang. Namun tidak juga perlu terburu-buru untuk mendapatkan telefon 5G sekarang.
Cip A13 Bionic juga masih berkemampuan untuk menguasakan peranti untuk tahun 2021. Ia dibuktikan dengan penggunaannya pada iPad generasi ke-9 yang dilancarkan bulan lepas.
Bateri pula pastinya ada perbezaan ketara. iPhone 13 mampu bagi kuasa sama seperti iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Tetapi iPhone 13 Pro dan Pro Max berupaya jangkau lebih lama lagi berbanding versi Pro dari siri iPhone 11.
Seperkara lagi adalah rekaan. Sisi petak yang mudah digenggam disaluti seramik menjadikan keluaran baru ini lebih kukuh dan kelihatan premium.
Jadi, diantara pengguna iPhone 11 mungkin akan kekal dengan model itu tetapi rasanya tidak kepada mereka yang mahukan kualiti rakaman kamera, tempoh bateri lebih panjang dan pilihan storan lebih besar. Ia berbaloi untuk pengguna dengan kehendak seperti ini.
Dari iPhone XS, XS Max Dan XR Kepada iPhone 13
Pengguna barisan model ini pastinya sudah merasai penurunan prestasi yang agak ketara. Tempoh bateri yang memerlukan bantuan kuasa daripada powerbank jika keluar rumah dan tiadanya mod malam serta kamera selfie beresolusi tinggi.
Kalau ikut generasi, pemilik barisan model ini dilihat menikmati prestasi ketara jika beralih kepada iPhone 13. Sudah berusia tiga tahun sejak dilahirkan pada 2018, pastinya tambah baik boleh dirasai pada setiap bahagian.
Bukan sahaja bateri malah dari segi perkakasan kamera dan perisian dalamannya. Sensor telefoto digantikan dengan ultra lebar, sensor lebih besar, adanya Night Mode, Deep Fusion serta kamera selfie beresolusi tinggi. Itu belum diambil kira dengan ciri-ciri yang sedia kita sebutkan diatas tadi. Belum juga kita sebut tentang luasnya paparan skrin, bateri dan kapasiti memori.
Apa yang boleh disimpulkan, kelompok pengguna ini berbaloi untuk menaik taraf kepada iPhone 13. Anda akan dapat rasakan lebih prestasi pada setiap bahagian.
Begitu juga kepada kelompok pengguna iPhone X, siri iPhone 8, siri iPhone 7 dan iPhone 6. Masing-masing masih dibekalkan dengan iOS 15 tetapi kekangan dan terhad kepada perkakasan lama.
Nak beli siri iPhone 13 dekat mana?
Tidak kisahlah anda pengguna model mana sekalipun, jika dirasakan iPhone 13 berbaloi untuk diri sendiri, boleh mula pra-tempah siri baru Apple bermula hari ini.
Bagi yang berminat anda boleh pra-tempah siri iPhone 13 dari iTworld. Pelbagai kemudahan dan promosi yang disediakan jika anda memilih untuk membeli siri iPhone 13 dari iTworld.
Tawaran-tawaran menarik jika anda beli siri iPhone 13 dari iTworld
Penghantaran hari yang sama – Perkhidmatan ini melibatkan kawasan Lembang Klang, Ipoh, serta Kota Bharu yang membuat pra-tempahan sebelum 12 tengah malam 7 Oktober 2021.
Ambil secara drive thru – Kini ditawarkan untuk pembeli yang berada di Ipoh serta melakukan pra-tempahan sebelum 12 tengah malam 7 Oktober 2021.
Beli dalam talian dan ambil dikedai – Tersedia di kedai SNS Network HQ@ Ipoh, 12 kedai iTworld, dan 14 kaunter GLOO.
Berita baik untuk ahli GLOO Rewards, pembelian mana-mana model siri iPhone 13 akan melayakkan anda menerima baucar tunai RM100 dari iTworld/GLOO.
Apa yang perlu dilakukan adalah imbas kod QR dimana-mana cawangan iTworld/GLOO untuk tebus baucar tersebut.
“Beli Dulu Bayar Kemudian”
Tawaran eksklusif ini boleh dibuat melalui platform;
- atome
- Split
- PAYLATER Mall (Ansuran 24 bulan dengan belanja minimum RM3399 dalam satu resit)
…dimana setiap satunya menyediakan 0% bayaran untuk 3-4 bulan pertama.
Terdapat juga Pelan Ansuran Mudah melalui pemegang kad kredit UOB, HSBC, dan Standard Chartered Bank. Pembelian melalui pelan bayaran ini turut menyediakan anda sarung pelindung iPhone 13 secara percuma serta jaminan selama 2 tahun.
Trade in
Tidak tahu mana nak jual iPhone lama anda? iTworld menyediakan platform tukar beli. Ia ditawarkan di kedai iTworld dimana anda boleh menikmati tukar beli sehingga 50% nilai iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Turut disertakan sekali adalah rebat tambahan bernilai RM200 untuk pembelian iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat dibawah;
- 1-700-817-616 atau WhatsApp 012-9787616
- Semak kedai iTworld terdekat
- Semak kedai GLOO terdekat
- iTworld Shopee
- iTworld Lazada (hanya ditawarkan bermula 8 Oktober 2021)
- Laman rasmi iTworld
- Laman rasmi GLOO
*Advertorial ini dibawakan oleh SNS Network