Beratus Ribu Komputer Windows Masih Terdedah Kepada Eksploitasi 'Bluekeep'

Jika anda masih ingat, pada tahun lalu Microsoft telah mengeluarkan amaran kepada para pengguna Windows tentang kewujudan pepijat yang dikenali sebagai 'Bluekeep'.

Pepijat itu diklasifikasikan sebagai pepijat kritikal kerana ia boleh menyebabkan eksploitasi terhadap sistem Windows yang boleh ia boleh dibuat secara kawalan jauh (remote desktop protocol aka RDP) bagi menyerang mangsa.

Walaubagaimanapun, selepas lebih setahun tentang kewujudan pepijat 'Bluekeep' ini disedari, tetapi sebahagian pengguna Windows masih didapati terdedah dengan eksploitasi pepijat tersebut.

Menurut penyelidik keselamatan bernama Jan Kopriva dari SANS ISC, walaupun berlaku penurunan komputer terdedah kepada Bluekeep, tetapi dipercayai lebih daripada 240,000 komputer yang menggunakan sistem operasi Windows masih terdedah kepada eksploitasi pepijat tersebut.

Kapsyen: Sumber: ICS


Eksploitasi BlueKeep bukanlah isu baru kerana ia mula disedari sejak Mei 2019 lalu dan pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini bagi menghalang serangan ini.

Ia merupakan salah satu pepijat yang berjaya ditangani oleh Microsoft dan mendapat perhatian besar pengguna Windows kerana eksploitasi kritikalnya terhadap sistem operasi Windows.

Sebelum dikesan, Bluekeep dipercayai telah menyebabkan 950,000 buah sistem komputer terdedah kepada eksploitasi pepijat tersebut.

Menurut Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), pihak yang mengeksploitasi pepijat itu pula dikesan datang dari penggodam Russia dan China.

Sumber: ZDNet

Berkaitan