Berapa Lama Jangka Hayat Produk Apple? Ini Kiraan Dari Penganalisis

Bagi pemilik produk Apple, pernahkah anda terfikir tentang purata jangka hayat peranti anda?

Horace Dediu, penganalisis dari Asymco mempunyai jawapan untuk persoalan anda itu. Dediu baru-baru ini ada membuat kira-kira mengenai purata jangka hayat produk Apple seperti iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan iPod.

Menurut beliau, produk Apple yang dikeluarkan dari 2013 sehingga ke hari ini mempunya purata jangka hayat selama 4 tahun 3 bulan.

Analisa yang dibuat adalah berdasarkan angka jualan produk Apple bagi suku setiap tahun dan jumlah peranti aktif.



Oleh kerana kiraan ini hasil dari gabungan pelbagai produk (iPhone, iPad dll.), ia tidaklah begitu tepat untuk mewakili purata jangka hayat mengikut jenis peranti.



Apa yang dapat disimpulkan oleh Dediu, tren penggunaan sesuatu peranti Apple menjadi semakin lama dan ia dilihat akan berterusan dalam tempoh yang lebih panjang.

Sumber: AppleInsider