Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya

Setiap kali pelancaran telefon pintar dilakukan, antara perkara yang bakal pembeli mahu tahu adalah spesifikasi RAM dan bateri. Namun, Apple seperti biasa tidak mendedahkannya secara terperinci seperti jenama-jenama lagi.

Namun bagi yang tertanya-tanya, informasi tersebut berjaya dikesan pada laman China Telecom. Berdasarkan penyenaraian, kapasiti RAM yang digunakan adalah 3GB sementara bateri yang dimuatkan ialah 1821mAh.

Disebut sebagai pengganti terus kepada iPhone 8, model terbaru ini menampilkan kapasiti RAM yang lebih besar (iPhone 8 RAM 2GB) tetapi kapasiti bateri masih sama.

https://www.youtube.com/watch?v=egYN1IiPyDk&t=190s

Dari segi rekaan, ia hampir sama seperti iPhone tetapi kini dikuasakan oleh cip A13 Bionic. Bakal dijual di Malaysia pada harga permulaan RM1999, untuk spesifikasi lebih lanjut boleh disini - iPhone SE (2020) Dilancarkan – Cip Bionic A13 Dalam Pakej Kompak 4.7″ Harga Bermula RM1999