Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berangan Nak Saingi Twitter, ‘Truth Social’ Milik Donald Trump Gagal

Berangan Nak Saingi Twitter, ‘Truth Social’ Milik Donald Trump Gagal

Diterbitkan April 8, 2022 oleh Nadiah Ab

Aplikasi media sosial yang dibangunkan oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Truth Social, dianggap gagal sejak ia dilancarkan bulan Februari yang lalu.

Menurut Devin Nunes, ketua pegawai eksekutif Trump Media & Technology, Truth Social sepatutnya mula beroperasi pada akhir bulan lepas. Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut dibelenggu oleh kekurangan kandungan, isu teknikal dan peletakan jawatan beberapa eksekutif tertinggi.

Namun, hal ini sebenarnya tidaklah mengejutkan dek kerana bekas pemimpin seperti Trump secara praktikalnya sering dijamin gagal.

truth social

Firma penyelidikan pasaran SensorTower mengatakan Truth Social jatuh ke tangga ke-35 dalam rangkaian sosial di gedung aplikasi (app store).

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila dua orang penting dalam pembangunan aplikasi itu, Josh Adams dan Billy Boozer, yang juga merupakan eksekutif kanan dalam syarikat, telah meninggalkan Truth Social.

Dari segi pengguna pula, ada yang mengatakan pendaftaran mereka belum diluluskan serta terdapat kandungan tentang jenama-jenama utama kelihatan bukan berasal daripada jenama-jenama itu sendiri.

Seperti yang semua tahu, Donald Trump tidak pernah memerima kekalahannya dalam Pilihan Raya 2020, malah dengan gigih cuba untuk membatalkan keputusan akhir.

Sejurus selepas itu, Twitter terus membuat sekatan terhadap akaun Twitter Donald Trump yang mula mencetuskan kekecohan dan menggalakkan penyokongnya membuat rusuhan di bangunan Capitol.

Pendek kata, usaha Trump membangunkan Truth Social ialah cubaannya untuk membuktikan bahawa dirinya masih berpengaruh. Namun, ternyata usahanya gagal sama sekali.

Akibatnya, rangkaian sosial ini mustahil untuk berkembang dan mendapat pengguna yang ramai.

Sumber: BBC

Baca juga:

  • Aplikasi Media Sosial Trump Akhirnya Dilancarkan, Jadi Aplikasi Paling Popular Di iPhone
  • Muat Naik Status Berunsur Hasutan, Twitter Padam Ciapan Dan Kunci Akaun Trump Selama 12 Jam
  • Google Menyambung Sekatan Ke Atas Saluran YouTube Trump

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY