Belum Rasmi Lagi, Tapi Samsung Dah Tawar Diskaun RM200 Untuk Galaxy S22

Seperti khabar angin sebelum-sebelum ini, Samsung telah mengesahkan tarikh acara Samsung Unpacked 2022 iaitu pada 9 Februari 2022, jam 11 malam waktu tempatan.

Selepas pelancaran Samsung Galaxy S21 FE tempoh hari, peminat teknologi seluruh dunia sememangnya menanti-nantikan apa yang akan ditawarkan dalam Galaxy S22 yang dikatakan gabungan antara siri S dan Note.

Samsung Malaysia kini telah membuka pendaftaran untuk pelanggan pratempah Galaxy S22 di laman rasmi mereka. Pelanggan juga akan ditawarkan dengan e-baucar RM200 apabila mereka melakukan pratempah peranti ini.



Dalam perkembangan lain, ura-ura mengatakan S22 Ultra akan disertakanskrin 6.8 inci Super AMOLED 120Hz, cip Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman setinggi 512GB dan bateri sebesar 5000mAh.

Menurut laporan, Galaxy S22 mungkin dijual pada harga yang tidak jauh berbeza daripada Galaxy S21. Pelancaran S22 telah ditunda sejak beberapa bulan lepas dipercayai akibat isu bekalan cip.

Baca juga: