Namun begitu, sejak pengumumannya, tidak pernah lagi kita lihat mana-mana pengeluar melancarkan peranti dengan cip tersebut. Waima perkara tersebut, MediaTek kini telah mengumumkan cip yang lebih berkuasa dari Dimensity 800 yang dinamakan Dimensity 820.
Dengan Dimensity 820, ia membawakan CPU dan GPU lebih berkuasa seiring dengan sokongan panel 120Hz, dan juga pemperosesan kamera lebih berkuasa.
Secara keseluruhan, hanya sedikit perbezaan sahaja berbanding Dimensity 800. Pertamanya ia hadir dengan binaan 7nm yang sama namun kali ini 4 teras ARM Cortex-A76nya dinaikkan kepada 2.6Ghz berbanding 2.0Ghz pada Dimensity 800.
Untuk teras jimat tenaga pula, ia masih lagi menggunakan 4 teras ARM Cortex-A55 yang sama dengan kelajuan 2.0Ghz.
- Dimensity 800 - 4x ARM Cortex-A76, 2.0GHz + 4x ARM Cortex-A55, 2.0GHz
- Dimensity 820 - 4x ARM Cortex-A76, 2.6GHz + 4x ARM Cortex-A55, 2.0GHz
Untuk GPU pula, Dimensity 820 menggunakan teras ARM Mali-G57 namun bilangan teras telah dipertingkatkan daripada 4 kepada 5 berbanding Dimensity 800. Turut hadir juga adalah MediaTek HyperEngine 2.0 yang memberikan peningkatan prestasi grafik dari segi perisian.
- Dimensity 800 - 4 teras ARM Mali G57
- Dimensity 820 - 5 teras ARM Mali G57
Selain itu, Dimensity 820 juga hadir dengan sokongan paparan dengan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz pada resolusi Full HD+. Sebelum ini, Dimensity 800 hanya menyokong sehingga 90Hz Full HD+ sahaja.
Sama seperti mana-mana cip pemprosesan Dimensity lain, Dimensity 820 juga turut menyokong rangkaian 5G. Pada Dimensity 820, ia menyokong teknologi 5G SA, 5G NSA, dan rangkaian 5G sub-6Ghz.
Pemprosesan kamera (ISP) juga dipertingkatkan dengan Imagiq 5.0. Kini Mediatek 820 menyokong sehingga 80MP kamera. Ia juga hadir dengan fungsi EIS, 4K HDR, bokeh masa nyata dan juga kadar hingar yang lebih baik.
Sumber: MediaTek
Berkaitan
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
- MediaTek Memperkenalkan Dimensity 1200 Dan 1100 - Cip 6nm, Sokongan Paparan 168Hz, Dan Ray Tracing
- MediaTek Dimensity 720 Rasmi - Sebuah Lagi Cip 5G Untuk Kelas Pertengahan
- Buat Kali Pertamanya Lebih Banyak Telefon Dengan Cip MediaTek Terjual Berbanding Qualcomm
- Huawei Umum Cip Kirin 820 5G - Pengganti Kirin 810 Dengan Prestasi GPU 38% Lebih Berkuasa
- Xiaomi Mi 10i Dilancarkan Dengan Snapdragon 750G, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 4,820mAh
- MediaTek Pertahankan Isu 'Penipuan' Skor Ukur Aras Prestasi, Jelaskan Syarikat Lain Turut Melakukannya
- MediaTek Dimensity 2000 Dengan Binaan 5nm Bakal Tiba Pada 2022
- Huawei Nova 8 SE Diperkenalkan Dengan Cip Dimensity 800U, Kamera 64MP, Dan Pengecasan 66W
- realme X7 Dan X7 Pro Kini Rasmi - Dijana Cip MediaTek Dimensity 1000+, Paparan 120Hz, Dan Bateri 4,500mAh