BeLive Dilancar Di Singapura, Bakal Beri Saingan Kepada Bigo Live

Apabila dilancarkan pada bulan Mac tahun lalu, penggunaan aplikasi Bigo Live meningkat dengan pantas sehingga mendominasi penstriman video secara langsung bagi rantau Asia Tenggara.

Bagi anda yang tidak tahu, ia merupakan aplikasi yang membolehkan anda menyiarkan video secara langsung dari telefon mudah alih.

Buat masa ini, Bigo Live merupakan antara 5 aplikasi yang mendapat kutipan tertinggi bagi pasaran Indonesia berdasarkan data dari AppAnnie.

Melihatkan perkara itu, sebuah startup dari Singapura telah membangunkan sebuah aplikasi yang hampir serupa dengan Bigo Live.

BeLive-popular-channels

Aplikasi yang diberi nama sebagai BeLive itu mendapat suntikan dana sebanyak US$1.5 juta dari pelabur dan salah satunya adalah gergasi media Singapura, MediaCorp.

Startup itu diketua oleh Kenneth Tan selaku ketua pegawai eksekutif BeLive.

BeLive lebih menumpukan kepada kandungan video yang lebih "bersih" dengan "persekitaran yang selamat" jika dibandingkan dengan Bigo Live yang kadangkala mengandungi video sedikit keterlaluan untuk ditonton.

Syarikat dari Singapura ini juga mempunya sebuah pasukan khas yang akan memantau penyiar video supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya penyiar video itu melanggar peraturan, mereka akan disekat serta dihalang dari menggunakan aplikasi tersebut.

Diharapkan penyiar video untuk aplikasi BeLive ini dapat memaparkan kandungan video yang lebih bermanfaat untuk tontonan umum.

Sumber: Tech in Asia