Belikan Ini Untuk Isteri Anda, Pasti Tersenyum Puas

Kita tak tahu bila PKP, PKPD, PPN ini semua bakal berakhir. Selagi mana ia dikuatkuasakan, selagi itulah saya, anda, jiran sebelah, adik-beradik dan seluruh kaum kerabat yang terlibat perlu duduk dan bekerja dari rumah.

Ya, bersyukur masih mempunyai kerja dan mungkin sesetengah dari kita lihat WFH ni sebagai satu nikmat. Tak perlu hadap kesesakan lalu lintas, tak perlu menggosok baju dan seluar untuk ke pejabat. Cukup sekadar bangun pagi, solat subuh, mandi, buat kopi dan terus melekap di skrin komputer.



Tunggu,  tak semua daripada kita ada 'nikmat' seperti itu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Banyak lagi tanggungjawab nak disiapkan. Kaum isteri contohnya, mengemas rumah, membasuh baju, memasak, melibas getah paip ke dinding untuk ingatkan anak tentang kelas online dan banyak lagi.



Alangkah indahnya, kalau setiap tugasan itu ada pembantu. Mungkin sekarang ini tiada lagi robot yang boleh ditugaskan untuk merotan anak untuk pergi mandi atau memberi leteran setengah jam kepada suami kerana tidak membuang sampah. Tetapi ada satu robot yang mampu membantu anda mengemop lantai serta menyedut habuk dilantai.



Perkenalkan kepada anda 360 Robot Vacuum Cleaner S10. Ya namanya cukup panjang untuk disebut, tetapi tugasnya mudah, bantu anda untuk pastikan lantai rumah sentiasa sedap dipijak. Untuk lebih mudah kita panggil sebagai S10 sahaja ya.



Segmen robot vakum ini bukanlah perkakas yang baru dilancarkan semalam. Sudah banyak ada dipasaran, tetapi ada tiga perkara menarik yang boleh anda dapatkan dari model S10 ini.

"Tiga mata"

Kita bukan mahu berkonspirasi, tetapi anda perlu tahu S10 dilengkapi dengan tiga sensor LiDAR. Sensor ini bertujuan membantu vakum ini bergerak sambil mengelak halangan yang ada.



Ada tiga laser yang akan bertugas untuk 'melihat' secara tiga dimensi. Satu laser LDS dan dua lagi laser adalah jenis OLS. Ketiga-tiganya mampu kesan objek senipis 0.4 inci.



Untuk pengetahuan anda juga vakum ini mampu kenal pasti dan elak lebih dari 100 objek yang biasa berada diatas lantai rumah. Contoh seperti selipar, wayar, penimbang dan lain-lain.

Kapsyen: Boleh tetapkan laluan S10


Anda tak perlu bersusah payah mengalihkan perabot atau objek diatas lantai, biarkan sahaja S10 bekerja.

Tahu kawasan mana yang perlu 'dikerjakan'

Selain boleh mengelak, S10 juga tahu kawasan mana yang perlukan khidmatnya. Melalui ciri pemetaan pintar, anda boleh tetapkan setiap ruang dalam rumah pada vakum ini.



Setiap inci bilik, atau ruang tamu, atau dapur akan disimpan pada S10 dan anda boleh akses peta tersebut dari dalam aplikasi telefon pintar.



S10 mengenal pasti secara automatik ruang sekeliling dan sekaligus menukar peta mengikut tempat ia berada.

Kapsyen: Mempunyai 6 sensor 'tebing' untuk mengesan kawasan bertangga. Secara automatik S10 menetapkan dinding maya untuk elak dari terjatuh.


Menariknya juga, S10 dilengkapi dengan fungsi mengesan karpet. Bermakna ketika berada diatas karpet kuasa sedutan akan ditingkatkan.

Kuat sedut

Ke hulu ke hilir seperti orang sibuk bekerja tetapi satu sampah pun tidak disedut. Ya pasti sakit hati melihat robot vakum berperangai seperti itu.



Namun S10 boleh diharap, dimana ia memberikan daya sedutan sehingga 3300Pa membolehkan setiap habuk, sampah atau apa-apa kotoran ditelan masuk kedalamnya.



Ada empat mod yang ditawarkan, Quiet, Standard, Strong dan Max yang turut mampu menyedut masuk skru-skru kecil. Ia dipilih berdasarkan jenis kotoran yang ada. Selain itu, tangki air S10 boleh memuatkan sehingga 520ml, cukup untuk digunakan sewaktu mengemop lantai diruangan rumah.



Kadar titisan air semasa proses juga boleh dilaras berdasarkan kemasan lantai rumah anda. Kalau jubin biasa mungkin lebih sedikit dan kalau jenis lantai vinyl akan dilaras mengikut kesesuaian.

Anda mungkin risau robot ini terbabas keatas karpet Turki sewaktu mengemop? Jangan risau, kerana ia secara automatik akan mengenalpasti bahagian yang tidak sepatutnya dimop.

Kesemua akses, fungsi,penjadualan boleh diubah suai dan ditetapkan melalui aplikasi telefon pintar. Semuanya dihujung jari. Biarkan ia berlegar-legar diwaktu malam, dan anda bangun dipagi hari, lantai terasa selesa untuk dipijak. Indahnya dunia bukan?



Bagi yang berminat untuk memiliki 360 Robot Vacuum S10, ia boleh dibeli pada harga RM1919 untuk pasaran tempatan. Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian di Shopee dan Lazada. Tidak perlu keluar rumah, tekan-tekan sampai depan pintu.

*Artikel ini dibawakan oleh 360 Robot Vacuum