Beli Vivo Y11 Dengan Harga RM99 Apabila Anda Melanggan Hotlink Flex 60

Vivo Malaysia dengan kerjasama Maxis telah menawarkan pelbagai tawaran hebat dan menarik untuk semua pengguna Hotlink.

Dimulakan sejak 17 Oktober lalu, anda berpeluang untuk memiliki Vivo Y11 (bernilai RM499) dengan harga hanya RM99 sahaja apabila memilih pelan pascabayar Flex 60.

Pelan ini juga termasuk dengan Internet 10GB, panggilan dan SMS tanpa had, serta 10GB untuk penggunaan YouTube apabila anda membuat langganan bulanan sebanyak RM60.



Vivo Y11 dihadirkan dengan 3GB RAM dan 32GB ROM beserta slot Mikro SD tambahan. Telefon ini juga dilengkapi paparan skrin sentuh 6.35 inci dengan sokongan bateri 5,000mAh yang besar.

Vivo Y11 kini boleh didapati dalam warna Mineral Blue dan Agate Red. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Hotlink dan Facebook rasmi Vivo Malaysia.