Beli vivo V19 Pada Harga RM1 Melalui Pelan MaxisONE 188

Siri V telah menerima model terbaru iaitu vivo V19 pada bulan April yang lalu. Hadir dengan cip pemproses Snapdragon 712, RAM 8GB, storan 128GB, kuad kamera belakang dwi kamera hadapan dan ia dijual pada harga rasmi RM1699.

Kini bagi memeriahkan lagi ketibaan Hari Raya, anda yang berminat dengan vivo V19 boleh mendapatkannya pada harga lebih rendah iaitu RM1. Tawaran ini dibuat oleh vivo dan Maxis melalui pelan MaxisONE.



Harga serendah itu boleh dinikmati apabila anda melanggan pelan MaxisONE 188 yang mana ia menyediakan data internet 60GB pada harga bulanan RM188. Selain itu, pelan berkenaan juga membolehkan anda berkongsi 4 talian dengan pengguna yang lain.

Selain spesifikasi yang disebutkan diatas, vivo V19 dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 6.44 inci, bateri 4500mAh bersama pengecasan pantas 33W.