Beli Vivo S1 Pro Dan Anda Berpeluang Menang Tiket Penerbangan Ke Jepun

Selepas melancarkan peranti baru pada minggu lepas, Vivo Malaysia telah menganjurkan satu pertandingan buat peminatbtempatan iaitu ''S-Plore the World''. Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga minggu dan ia sudah bermula sejak 7 Disember lalu sehingga tarikh tamat pada 31 Disember 2019 depan.



Melalui pertandingan yang diadakan ini pembeli Vivo S1 Pro berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan percuma pergi dan balik ke Sapporo, Jepun. Ia turut disertakan dengan pakej penginapan tiga malam di bandar Sapporo untuk direbut seorang pemenang bertuah yang menyertainya.



Peserta yang ingin menyertai hendaklah lawati kedai Vivo yang terdekat. Kemudian membuat pembelian Vivo S1 Pro dalam tempoh peraduan (7 sehingga 31 Disember 2019) dan pergi ke http://bit.ly/35ZxncI. muat naik foto dengan watermark S1 Pro beserta hashtag #vivoMalaysia #vGoHolidays #s1pro #sploretheworld. Pemenang akan dipilih secara rawak dari semua penyertaan yang diterima semasa pertandingan dan akan diumumkan di laman facebook rasmi Vivo.

Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan ''S-plore the World'', anda boleh layari laman Facebook Vivo Malaysia