Hadiah utama yang ditawarkan cukup menarik dimana pemenang bakal menikmati percutian 6 hari 5 malam ke mana-mana destinasi pilihan antara Jepun, Korea, China, Turki, India, Mekah, Croatia, Greece, Mesir, Perancis, Jerman, Australia atau Itali.
Peluang ini boleh direbut melalui pembelian telefon pintar Vivo dari mana-mana kedai konsep Vivo. Setelah pembelian dibuat, pembeli perlulah menghantar nombor IMEI peranti ke laman WeChat rasmi Vivo Malaysia.
Seorang pemenang bertuah akan dipilih dan akan menerima hadiah utama berupa dua tiket pakej percutian ke salah satu destinasi pilihan diatas. Lain-lain ganjaran yang ditawarkan adalah wang tunai serta hadiah yang bernilai sehingga RM40,000 termasuk pemenang tempat pertama akan menerima RM1,888.
Pertandingan ini berjalan dari 25 Mei 2019 dan tamat pada 9 Jun 2019. Anda yang membeli peranti Vivo di pengedar sah Vivo Malaysia akan diberikan kod QR untuk diimbas dan perlu menghantar IMEI peranti baru itu ke laman WeChat rasmi Vivo Malaysia.
Pembelian boleh dibuat secara dalam talian di Vivo Store atau di pengedar sah Vivo terdekat dengan anda, semak disini Vivo.
Berkaitan
- Vivo Nex Edisi Dwi Paparan Sudah Dilancarkan
- Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Sejumlah 85.7% Isi Rumah Di Malaysia Mempunyai Akses Internet
- Honor Band 4 Dan Running Edition Dijual Pada Harga RM 149 Dan RM79 Untuk Malaysia
- Barisan Komputer Riba Dan Pencetak Yang Diperkenalkan HP Di Malaysia
- SanDisk Bawa Masuk Pemacu Kilat 256GB Terkecil Di Dunia Ke Pasaran Malaysia
- Vivo S6 Pro 5G Mungkin Tampil Dengan Kamera Dan Pengecasan Lebih Baik
- Moto Z dan Moto Z Play Dilancar Secara Rasmi Di Malaysia
- HONOR Malaysia Umum Kerjasama Dengan JOOX
- DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan