Ikuti kami di media sosial

Berita

Beli Telefon Pintar OPPO, Anda Berpeluang Menangi RM10,000 Melalui Festive Night Run

Anis Adrina

Ditulis

pada

OPPO akan mengadakan OPPO Reno Festive Night Run pada 21 Disember 2019 ini yang akan mengambil tempat di sekitar KL Sports City, Bukit Jalil.

Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ini, anda boleh mendapatkan tiket secara percuma bagi penyertaan untuk larian 5KM apabila membuat pembelian ke atas mana-mana telefon pintar OPPO bermula pada hari ini.

OPPO memberikan anda peluang untuk memilih sama ada menyertai Fun Run 5KM (13 tahun ke atas) atau kategori 10KM (16 tahun ke atas) yang tersedia setiap satu acaranya dengan pingat yang direka khas berserta tshirt edisi terhad daripada jenama New Balance.

Selain itu, peserta juga akan menerima e-sijil, beg tenunan dan bermacam lagi hadiah yang telah ditaja bernilai lebih daripada RM 164 ketika pendaftaran.

Bagi anda yang membuat pembelian terus, e-tiket anda akan diaktifkan melalui pautan Racexasia, di mana anda perlu mengisi butiran pada aplikasi untuk menerima kod pengesahan dan anda juga sebenarnya digalakkan untuk menjadi antara 500 peserta yang terawal bagi mendapatkan tiket dengan harga yang lebih istimewa

OPPO Reno Festive Night Run ini akan bermula pada jam 5 petang dan semasa acara tersebut berlangsung nanti, peserta berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 10 ribu. Selain itu, aktiviti cabutan bertuah juga akan diadakan sepanjang malam. Buat pemenang 10KM pula, mereka berpeluang memenangi RM 1500, OPPO Reno2 dan juga trofi.

Yuran pendaftaran

Harga biasa 

5KM – RM 55 / 10KM – RM 70

Harga “early bird”

5KM – RM 50 / 10KM – RM 65

Tarikh bagi pengambilan “kit” perlumbaan boleh dibuat pada 19 sehingga 21 Disember di Atria Shopping Mall, Damansara Jaya, Petaling Jaya.

 

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular