Beli Samsung Galaxy Tab S6 Lite Sebelum 31 Julai, Percuma Papan Kekunci

Samsung kini tampil menawarkan sebuah lagi tablet dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S6 Lite untuk pasaran Malaysia. Merupakan versi yang lebih murah berbanding Galaxy Tab S6 (RM3099), versi lite ini dijual pada harga RM1699.

Bagi memeriahkan lagi jualan pertama ini, Samsung Malaysia menawarkan aksesori percuma bagi pembelian Galaxy Tab S6 Lite. Barangan yang disediakan adalah Keyboard Book Cover bernilai RM409 serta dan pembeli akan turut menerima langganan YouTube Premium percuma selama 4 bulan. Promosi ini akan tamat pada 31 Julai 2020.



Melihat kepada spesifikasi, Galaxy Tab S6 Lite dilengkapkan dengan skrin paparan TFT 10.4 inci (FHD+), RAM 4GB dengan storan 64GB yang boleh diluaskan lagi sehingga 1TB melalui kadi MikroSD.



Cip pemproses yang digunakan pada tablet ini adalah Exynos 9611 dan tugas rakaman diberikan pada kamera 8MP serta swafoto 5MP.

Lain-lain ciri yang boleh didapati pada peranti ini adalah S-Pen, bateri 7040mAh, bicu audio 3.5mm serta terdapat dalam dua pilihan warna, Angora Blue dan Oxford Gray. Ia hanya boleh disambungkan kepada rangkaian WiFi sahaja dan tidak mempunyai ciri NFC.

Beli dari Lazada (https://invol.co/clof0d)