Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik

Berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A6 atau A6+? Sekarang adalah masa yang terbaik kerana Samsung Malaysia ada mengadakan dua promosi menarik untuk model berkenaan.

Bermula hari ini, 6 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2018, setiap pembelian  Galaxy A6 dan A6+ akan melayakkan anda menerima sekeping kad Mikro SD 32GB secara percuma (selagi stok masih ada).

Peranti ini hadir dengan storan dalaman sebesar 32GB dan melalui tambahan kad Mikro SD, anda boleh menikmati memori berkapasiti 64GB.



Seterusnya adalah promosi secara tukar tebus (trade in) telefon pintar lama yang masih berfungsi. Tukar tebus bernilai RM100 itu memberi ruang penjimatan kepada anda untuk memiliki Samsung Galaxy A6+ yang didagangkan pada harga RM1299.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari Samsung Malaysia.