Beli realme X3 SuperZoom Pada 2 Jun 2020, Dapat Diskaun RM200

Rasmi dilancarkan kira-kira empat hari yang lalu, jualan realme X3 SuperZoom bakal dimulakan beberapa jam sahaja lagi. Bersempena dengan itu, peranti terbaharu daripada realme Malaysia ini bakal ditawarkan pada harga promosi iaitu RM1799 (RAM 8GB/128GB).

realme x3 superzoom

Sewaktu dilancarkan, peranti ini ditetapkan pada harga RM1999 namun potongan sebanyak RM200 akan diberikan pada jualan pertama ini. Ia akan dijalankan tepat jam 12 tengah malam ini dan hanya berlangsung selama satu hari sahaja.

Melihat kembali kepada penawaran spesifikasi, realme X3 SuperZoom tampil dengan pilihan RAM 8GB/12GB dan storan 128GB/256GB yang akan bergandingan dengan cip Snapdragon 855+.

Panel belakang belakang menawarkan dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Artic White. Bahagian itu juga menampilkan sistem kuad kamera yang diketuai kamera 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan kamera periskop 8MP.

Kamera hadapan pula ditugaskan kepada gabungan kamera 32MP serta 8MP sudut lebar. Lain-lain spesfikasi yang terdapat pada peranti ini ialah bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Satu lagi variasi iaitu RAM 12GB dengan storan 256GB akan mula dijual pada 6 Jun ini disemua pengedar sah realme Malaysia. Pembelian realme X3 SuperZoom akan disertakan sekali dengan lanjutan waranti selama 1 tahun.

Beli realme X3 SuperZoom dari Lazada (https://invol.co/cloi3d)